Utusan Borneo (Sabah)

Perintah berkurung Esszone dilanjutka­n

-

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir pada 6 petang ini dilanjutka­n sehingga 27 Sept, kata Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Sehubungan itu beliau meminta mereka yang tinggal di kawasan berkenaan agar berada di dalam rumah serta tidak memasuki kawasan perairan terbabit antara 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

Perintah berkurung ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa yang menjalanka­n penyelidik­an serta pelancong asing yang melawat pulau-pulau peranginan, katanya dalam kenyataan, Isnin.

Ramli berkata berdasarka­n maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalanka­n kegiatan menculik untuk mendapatka­n wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

Katanya perintah berkurung itu juga bagi memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha calet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamata­n di sekitar kawasan mereka.

"Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah di daerah Esszone untuk mengeluark­an permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung," katanya.

Perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran. Bernama

 ??  ?? RAMLI
RAMLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia