Utusan Borneo (Sabah)

Operasi mencari lelaki hilang ketika mandi masih diteruskan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan ke atas seorang lelaki yang sedang mandi manda dihanyut ombak di Kuala Pemaguan, petang Ahad.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata pihaknya menerima laporan daripada Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) pada jam 10.03 malam bahawa seorang mangsa lelaki lemas ketika melakukan aktiviti berkelah dan mandi di perairan Kuala Pemaguan.

Pihaknya bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan pencarian di sekitar kawasan berkenaan.

Beliau berkata bilik kawalan JBPM telah menerima laporan operasi mencari dan menyelamat dimulakan pada Isnin.

“PKOB telah dibuka di Pangkalan Batu Putih Sandakan dan operasi telah bermula hari ini dengan APMM,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang dilaporkan hilang dikenali sebagai Sharian Amirshah, 37.

Menurut ayah mangsa, Amirshah Yaakub, anak lelakinya telah keluar berkelah bersama beberapa rakannya di pantai Kuala Pemaguan.

“Mangsa dikatakan dihanyut ombak deras ketika sedang mandi di pantai itu,” katanya sambil berharap anaknya dapat ditemukan dengan selamat.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan oleh pihak bomba dan APMM.

 ??  ?? PIHAK bomba dan APMM sedang membuat operasi mencari dan menyelamat.
PIHAK bomba dan APMM sedang membuat operasi mencari dan menyelamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia