Utusan Borneo (Sabah)

Tiga parah kenderaan terbabas

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Tiga termasuk pemandu parah selepas kenderaan jenis Proton Wira dinaiki terbabas dalam kejadian di Kilometer 26, Jalan Lahad Datu-Sandakan pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pemandu kereta terbabit, seorang wanita berusia 22 tahun parah dan tidak sedarkan diri selepas patah tulang rusuk serta mengalami kecederaan dalaman.

Manakala dua lagi penumpang iaitu lelaki berusia 23 tahun patah kaki kanan dan seorang wanita berumur 19 tahun patah tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari Kampung Paris menuju ke Segama Lahad Datu.

"Bagaimanap­un, sebaik tiba di lokasi, kenderaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam parit," katanya, sambil menambah ketigatiga mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? BEGINILAH keadan kenderaan dinaiki ketiga-tiga mangsa dalam kejadian itu.
BEGINILAH keadan kenderaan dinaiki ketiga-tiga mangsa dalam kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia