Utusan Borneo (Sabah)

Dua pesakit kritikal dibantu Maritim Malaysia

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KUDAT: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) di sini melancarka­n operasi bantuan kecemasan bagi memindahka­n dua pesakit lelaki dalam keadaan kritikal.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Muda Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Dr Wong Bing Sheng yang bertugas di Klinik Kesihatan Karakit Pulau Banggi kira-kira jam 9.10 malam pada Ahad.

Pada masa sama katanya, satu lagi panggilan kecemasan diterima daripada Ketua Bot Kilat 1 yang bertugas di Pulau Mandi Darah di sini.

Dalamopera­siitu,pihaknya memindahka­n seorang pesakit apendiks pecah dan seorang lagi pesakit yang mengalami muntah darah serius.

Menurutnya, pesakit apendiks berkenaan dikenali sebagai Peraman Kahil, 35, manakala pesakit yang muntahdara­hdikenalis­ebagai Otomardika Surahim, 51 yang juga Ketua Kampung Pulau Mandi Darah.

“Dua buah bot diarahkan ke lokasi kejadian dan keduaduany­a tiba di Jeti Marina masing-masing pada jam 11.35 dan 11.44 malam.

“Sementara itu, Hospital Kudat yang dimaklumka­n mengenai perkara ini turut memberi bantuan awal dengan menghantar dua van ambulans ke jeti berkenaan.

“Kedua-dua pesakit dilaporkan berada dalam keadaan stabil sebelum mendapat rawatan susulan di Hospital Kudat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

 ??  ?? ANGGOTA APMM membantu salah seorang pesakit di dalam van ambulans.
ANGGOTA APMM membantu salah seorang pesakit di dalam van ambulans.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia