Utusan Borneo (Sabah)

Jambatan Katibas mercu tanda pembanguna­n Song

- Oleh Judan Bungap

SONG: Jambatan Katibas sepanjang 330 meter bernilai RM71.5 juta yang siap pada Ahad lalu merupakan mercu tanda daerah Song bagi mendekatka­n jarak dan hubungan dengan dunia luar.

Pembinaan jambatan itu juga bererti penduduk Song dapat keluar daripada apa yang digelar kepulauan seterusnya menikmati keselesaan jalan raya.

Bagi Tuai Rumah Gelok Riti dari Engkabau, Song pembinaan jambatan itu juga akan memberi impak kepada rumah panjangnya di mana ia akan dibina jalan raya.

“Rumah panjang saya di Engkabau hanya dua kilometer dari jambatan ini. Justeru, saya percaya kerajaan akan membangunk­an serta menaik taraf jalan di kawasan kami,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo semalam.

Beliau adalah salah seorang penduduk Song yang hadir pada lawatan kerja meninjau penyiapan Jambatan Katibas oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Luar

Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Datuk Ambrose Blikau Enturan, ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang, ADUN Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat, ADUN Machan Allan Siden Gramong, Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang dan Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Gelok memberitah­u, jika projek naik taraf jalan raya dilaksanak­an di kawasannya, penduduk rumah panjangnya sepanjang 40 pintu akan menikmati pelbagai pembanguna­n.

Seorang lagi penduduk rumah panjangnya Nalong Rimba turut menyokong komen Gelok kerana pelaksanaa­n projek jalan raya harus dilaksana sejajar dengan pembinaan Jambatan

Katibas yang dianggap pembuka pembanguna­n di daerah Song.

“Inilah pembanguna­n yang kami mahu iaitu jalan raya. Sebagai penduduk luar bandar tiada pembanguna­n lain sepenting jalan raya kerana dengan adanya jalan raya segala pembanguna­n lain akan dapat masuk atau disalurkan.

“Kita berharap kerajaan dengan secepat mungkin berfikir akan nasib kami serta membina jalan raya sejajar dengan siapnya Jambatan Katibas ini,” katanya.

Beliau turut yakin bahawa dengan adanya jalan raya akan membolehka­n penduduk luar bandar meningkatk­an lagi ekonomi mereka yang merupakan manfaat daripada projek tersebut.

Tuai Rumah Ayang Sumbang dari Sungai Ayat, Song turut gembira dengan siapnya projek Jambatan Katibas ini yang membawa makna besar kepada penduduk Song.

Bagaimanap­un, mereka bersyukur kerana dapat dihubungka­n dengan jalan meskipun menggunaka­n jalan tidak berapa elok.

“Justeru, banyak antara kami di kawasan saya tidak

menggunaka­n jalan terbabit disebabkan tidak berapa elok dan banyak yang memilih untuk menggunaka­n pengangkut­an sungai sahaja.

“Seperti mereka yang lain, besarlah harapan kami di Sungai Ayat agar dibina sebuah jalan raya yang lebih sempurna bagi kemudahan dan keselesaan kami di situ,” katanya sambil memberitah­u bahawa jarak rumah panjangnya menggunaka­n pengangkut­an sungai adalah kira-kira tiga jam dari pekan Song.

Ayang berharap kerajaan dapat menyiapkan projek Jalan Kapit-Song-Kanowit dengan segera bagi manfaat semua penduduk berhampira­n.

Sementara itu, Nanta semasa mengiringi Masing dalam lawatan kerja tersebut berkata, Masing sangat menitikber­atkan serta mengambil perhatian serius terhadap projek Jambatan Katibas.

Jelasnya, Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Insfrastru­ktur dan Pengangkut­an turut turun padang memantau projek itu agar sentiasa mengikut spesifikas­i yang telah ditetapkan.

“Hari ini kita membawa beliau datang sendiri ke sini untuk meninjau perkembang­an Jambatan Katibas ini.

“Selepas ini, kementeria­n saya bercadang menjemput

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan projek Jambatan Katibas ini,” katanya.

Bercakap mengenai perkara lain, Ahli Parlimen Kapit itu turut memberitah­u selain menyediaka­n projek insfrastru­ktur seperti jambatan, kementeria­nnya turut membangunk­an ekonomi rakyat.

“Ini termasuk projek melalui RISDA dan FELCRA serta projek melalui pembanguna­n modal insan melalui KEMAS, MARA, GIATMARA dan sebagainya.

“Ini adalah untuk penduduk luar bandar agar mereka tidak ketinggala­n,” tambahnya.

 ??  ?? PENGHUBUNG PEMBANGUNA­N: Inilah Jambatan Katibas.
PENGHUBUNG PEMBANGUNA­N: Inilah Jambatan Katibas.
 ??  ?? MOHON BERKAT: Upacara ‘miring’ dijalankan di tapak Jambatan Katibas.
MOHON BERKAT: Upacara ‘miring’ dijalankan di tapak Jambatan Katibas.
 ??  ?? MASING (dua kanan), Nanta (kanan) serta yang lain semasa mendengar taklimat daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor mengenai Jambatan Katibas.
MASING (dua kanan), Nanta (kanan) serta yang lain semasa mendengar taklimat daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor mengenai Jambatan Katibas.
 ??  ?? NALONG
NALONG
 ??  ?? TUAI RUMAH GELOK
TUAI RUMAH GELOK
 ??  ?? TUAI RUMAH AYANG
TUAI RUMAH AYANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia