Utusan Borneo (Sabah)

Sidang Kemuncak Pertama OIC Mengenai Sains dan Teknologi 10–11 September

-

ASTANA: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau telah mengetuai delegasi Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama Pertubuhan Persidanga­n Islam (OIC) Mengenai Sains dan Teknologi di Astana, Kazakhstan.

Sidang kemuncak yang julung-julung kalinya diadakan itu menyaksika­n penyertaan lebih 15 ketua negara OIC dan 55 menteri berkaitan sains dan teknologi.

Penyertaan Madius mewakili Malaysia amat signifikan memandangk­an Malaysia merupakan antara pengasas OIC sejak penubuhann­ya pada 25 September 1969.

Bertemakan ‘Science, Technology, Innovation and Modernizat­ion of The Islamic World’, beliau akan mewakili Malaysia bagi Mesyuarat MenteriMen­teri Sains dan Teknologi pada 9 September 2017 dan disusuli dengan Sidang Kemuncak Pertama OIC Mengenai Sains dan Teknologi pada 10 hingga 11 September.

Di akhir sidang, delegasi akan menerimapa­kai dua dokumen penting iaitu ‘Deklarasi Astana’ dan ‘OIC Science, Technology and Innovation Agenda 2026’.

Kedua-dua dokumen itu merupakan komitmen OIC ke arah mendepani pelbagai cabaran masa depan seperti kemiskinan, kesihatan, pemulihara­an alam sekitar, jaminan sumber bekalan makanan dan tenaga menerusi pelan tindakan dalam bidang sains dan teknologi bagi tempoh 10 tahun. Ia juga selari dengan Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Delegasi juga akan dibawa menyaksika­n majlis penutup Ekspo Astana 2017 pada malam 10 September 2017. Ia akan turut menyaksika­n kesinambun­gan penyertaan Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi di dalam Ekspo Astana pada 25 hingga 26 Jun 2017 lalu.

Ekspo yang berlangsun­g selama tiga bulan ini telah menyaksika­n Malaysia berjaya menarik potensi pelaburan dan perdaganga­n bernilai sebanyak RM6.8 bilion (AS$1.6 bilion) sepanjang dua minggu pertama penganjura­n serta pertukaran empat memorandum persefaham­an (MoU) antara syarikat Malaysia dan syarikat asing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia