Utusan Borneo (Sabah)

Polis serbu premis hiburan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PENAMPANG: Enam individu ditahan polis melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 43 tahun dan lima wanita warga Filipina berumur dalam lingkungan 19 hingga 35 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, kesemua suspek ditahan kira-kira jam 3.10 pagi Ahad dalam satu serbuan di sebuah premis hiburan berlesen di sini.

Pihaknyame­ndapatisem­ua warga asing berkenaan tidak mempunyai dokumen diri yang sah dan bekerja di premis itu tanpa permit kerja sah.

Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 55 B Akta Immigresen 1959/1963, Seksyen 39 (b) Peraturan-Peraturan Immigresen 1963 dan Seksyen 4 Public Entertainm­ent Ordinance 1958.

“Semasa serbuan dibuat, terdapat seramai 94 pengunjung termasuk 59 lelaki dan 35 perempuan di dalam premis terbabit.

“Hasil pemeriksaa­n ujian air kencing, lima pengunjung iaitu dua lelaki dan tiga wanita didapati positif dadah jenis amphetamin­e/meth,” katanya pada Isnin.

Beliau berkata, kesemua suspek yang juga warga tempatan berumur dalam lingkungan 20 hingga 27 tahun.

Pihaknya menyiasat kesemua suspek mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya.

Serbuan berkenaan dijalankan oleh pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia