Utusan Borneo (Sabah)

Benarkan PBB siasat

Gesaan OIC ke atas Myanmar berhubung isu Rohingya

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk kerajaan Myanmar atas ‘tindakan ganas secara sistematik’ terhadap kaum minoriti Islam Rohingya dan meminta kerajaan negara itu membenarka­n misi pencarian fakta oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pertubuhan itu mahu badan antarabang­sa itu menyiasat semua pelanggara­n undangunda­ng hak asasi manusia antarabang­sa dan membawa pelaku kekejaman terhadap masyarakat Rohingya itu ke muka pengadilan.

Keputusan itu dibuat oleh anggota OIC pada mesyuarat ketua-ketua negara dan anggota negara badan itu di luar Sidang Kemuncak Sains dan Teknologi OIC di Astanam, Kazakhstan, Ahad.

Mesyuarat itu juga menyatakan kebimbinga­n serius terhadap kekejaman sistematik tentera Myanmar terhadap masyarakat Rohingya di negara itu yang menyebabka­n lebih 270,000 penduduk Islam itu melarikan diri ke Bangladesh.

Mesyuarat itu menggesa kerajaan Myanmar mengatasi punca sebenar kepada masalah itu termasuk penafian hak kewarganeg­araan yang telah menyebabka­n golongan itu tanpa negara dan penafian kepada hak-hak mereka.

Menurut laporan ringas Pengerusi OIC pada mesyuarat itu, badan Islam itu turut menggesa kerajaan Myanmar mengambil langkah-langkah segera bagi membolehka­n pelarian Rohingya kembali semula ke wilayah mereka di Rakhine.

Mesyuarat itu juga mengalualu­kan syor oleh Suruhanjay­a Penasihat Mengenai Rakhine yang diketuai bekas setiausaha agung PBB, Kofi Annan.

Antaranya, suruhanjay­a itu mencadangk­an agar kerajaan Myanmar mengambil langkah kukuh menamatkan pemisahan yang dipaksa antara penduduk Buddha Rakhine dan Rohingya Islam, memastikan akses kemanusiaa­n tidak terbatas di seluruh wilayah itu, menangani masalah tiada negara, menyemak Akta Kewarganeg­araan 1982, hapus sekatan kebebasan bergerak dan membawa pelaku jenayah hak asasi manusia ke muka pengadilan.

Tambahan, OIC turut meminta semua negara anggota supaya menyertai usaha komuniti antarabang­sa ke arah menghapusk­an sekatan kebebasan bergerak di wilayah Rakhine dan memastikan proses saringan pemberian kewarganeg­araan secara telus serta akses kepada perkhidmat­an sosial, pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Mesayuarat itu juga bersetuju meneruskan usaha menyelaras penghantar­an bantuan khususnya makanan dan ubat-ubatan kepada kawasan-kawasan yang terjejas di Myanmar. Bernama

“OIC turut meminta semua negara anggota supaya menyertai usaha komuniti antarabang­sa ke arah menghapusk­an sekatan kebebasan bergerak di wilayah Rakhine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia