Utusan Borneo (Sabah)

Fekir pacu kemenangan Lyon, Marseille kalah lagi

-

PARIS, Perancis: Nabil Fekir menjaringk­an gol keempat beliau dari lima perlawanan ketika Lyon menewaskan Guingamp 2-1 sementara Rennes mencipta kemenangan pertama mereka musim ini dengan kemenangan 3-1 di Marseille dalam aksi Ligue 1 Perancis Ahad lepas.

Mariano Diaz membuka jaringan buat Lyon pada minit ke-19 untuk gol keempat beliau sejak perpindaha­n dari Real Madrid pada penutup musim.

Marcus Thuram menjaringk­an gol pertama beliau dalam Ligue 1 untuk membolehka­n Guingamp mengikat kedudukan pada minit ke-71 tetapi Fekir menjaringk­an gol kemenangan lewat untuk mengekalka­n rekod tanpa kalah Lyon.

“Kami cukup terjejas hari ini tetapi kami tetap bersatu,” kata jurulatih Lyon, Bruno Genesio. “Kami mengutip tiga mata dengan sedikit tuah jika melihat secara keseluruha­n perlawanan tetapi ia menebus dari apa yang kami hilang dari dua perlawanan terakhir.”

Marseille tewas teruk buat kali kedua berturut-turut ketika Rennes mengamuk di Stade Velodrome menerusi gol Wahbi Khazri dan Benjamin Bourigeaud pada 10 minit pertama.

Khazri menjaringk­an gol dari umpanan Ismaila Sarr seawal minit kedua sebelum Bourigeaud menjaringk­an gol kedua dengan rembatan jarak jauh.

Marseille sebelum ini tewas 1-6 kepada Monaco dan nasib mereka kembali berulang apabila Rennes menambah tiga lagi gol selepas rehat.

“Saya sedih, saya tidak mahu melihat pemain saya bermain seperti dalam separuh masa pertama,” kata jurulatih Marseille, Rudi Garcia.

Pada perlawanan lain, Saint Etienne seri 1-1 dengan Angers pada perlawanan di mana kedua-dua pasukan menamatkan permainan dengan 10 pemain. – AFP

 ??  ?? PEMAIN tengah Marseille Morgan Sanson (kiri) menjaringk­an gol tunggal pasukannya ketika tewas kepada Rennes 3-1 pada Ahad.
- Gambar AFP
PEMAIN tengah Marseille Morgan Sanson (kiri) menjaringk­an gol tunggal pasukannya ketika tewas kepada Rennes 3-1 pada Ahad. - Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia