Utusan Borneo (Sabah)

Wanita ditangkap jual loteri haram ruai rumah

-

MIRI: Seorang wanita yang menjadikan ruai atau ruang hadapan sebuah rumah panjang di Sungai Keriok Niah di sini sebagai tempat melakukan penjualan loteri haram ditahan polis, pada Sabtu.

Dalam serbuan kirakira jam 5.15 petang oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri itu, suspek berusia 37 tahun ditahan kerana dipercayai menjalanka­n aktiviti penjualan loteri awam tanpa lesen.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi pada Ahad mengesahka­n tangkapan suspek terbabit.

“Dalam serbuan itu, polis merampas sejumlah wang tunai sebanyak RM289.

“Selain itu, turut dirampas ialah seunit mesin pencetak, seunit telefon bimbit, lima keping keratan kertas tertulis loteri haram, seunit kalkulator dan sebatang pen,” katanya.

Suspek kemudianny­a ditangkap dan dibawa ke IPD Miri untuk siasatan lanjut. Menurut Stanley, kes ini disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

 ??  ?? ANTARA barang yang dirampas bersama suspek semasa serbuan dijalankan.
ANTARA barang yang dirampas bersama suspek semasa serbuan dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia