Utusan Borneo (Sabah)

Semai budaya hayati kemerdekaa­n

Pelancaran Anyaman Penutup Tin Minuman Terbesar pada 15 September

-

MEMBAKUT: Sekolah Menengah (SM) St Patrick sedang berusaha menghasilk­an Anyaman Penutup Tin Minuman Aluminium Terbesar dan Terbanyak di Malaysia yang berlatarbe­lakangkan lukisan Gunung Kinabalu dan bunga Rafflesia.

Projek sempena Hari Malaysia 2017 dan Perayaan Ulangtahun Ke-50 (Jubli Emas) penubuhan sekolah yang akan dilancarka­n pada 15 September bermula jam 8 pagi itu adalah untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records.

Pengetua Elizabeth Mak berkata program yang disasarkan kepada semua warga sekolah dan ibu bapa pelajar itu bertujuan menyemai budaya menghayati erti kemerdekaa­n dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat.

Selain itu, program berkenaan juga dapat memupuk keharmonia­n, perpaduan dan persefaham­an dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat tanpa mengira kaum dan kepercayaa­n.

“Ia sekaligus meningkatk­an nilai kerjasama dan budaya kerja berpasukan yang cemerlang dalam kalangan ibu bapa, guru, kakitangan sekolah dan pelajar yang boleh dijadikan teladan.

“Anyam anyang berukuran 5 meter tinggi dan 12 meter lebar ini telah siap dianyam secara bergotong royong oleh 450 pelajar, guru dan ibu bapa dengan menggunaka­n 458,208 penutup tin aluminium terpakai dan hasil anyaman mereka mula dipasangka­n di hadapan sekolah,” katanya.

Beliau merakamkan penghargaa­n kepada para penderma yang terdiri daripada Kopeks, Nippon Paints, syarikat setempat serta ibu bapa, guru dan pelajar yang telah

“Anyaman yang berukuran 5 meter tinggi dan 12 meter lebar ini telah siap dianyam secara bergotong royong oleh 450 pelajar, guru dan ibu bapa dengan menggunaka­n 458,208 penutup tin aluminium terpakai dan hasil anyaman mereka mula dipasangka­n di hadapan sekolah.

ELIZABETH MAK Pengetua

bertungkus lumus dalam mengumpul penutup tin serta menyiapkan anyaman terbesar itu.

Menurutnya, majlis pelancaran Anyaman Penutup Tin Minuman Aluminium Terbesar dan Terbanyak itu akan disempurna­kan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut Datuk Hj Mohd Arifin Hj Mohd Arif di perkaranga­n sekolah itu.

Elizabeth turut mengalualu­kan kehadiran ibu bapa, bekas pelajar dan masyarakat setempat untuk menyaksika­n majlis yang penuh bersejarah itu.

Antara aktiviti lain bagi meraikan sambutan Jubli Emas itu adalah Bazar dan Fu n Run yang dijadualka­n pada 23 September, bermula jam 6.30 pagi dan Majlis Makan Malam di dewan sekolah itu pada 30 September.

 ??  ?? PENYELARAS program, Emong Angkui sedang menunjukka­n cara-cara menganyam penutup tin.
PENYELARAS program, Emong Angkui sedang menunjukka­n cara-cara menganyam penutup tin.
 ??  ?? ELIZABETH (tengah) mempengeru­si Mesyuarat Jawatankua­sa Projek Anyaman Penutup Tin.
ELIZABETH (tengah) mempengeru­si Mesyuarat Jawatankua­sa Projek Anyaman Penutup Tin.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar yang menghadiri aktiviti menganyam penutup tin secara bergotong royong di dewan sekolah.
SEBAHAGIAN pelajar yang menghadiri aktiviti menganyam penutup tin secara bergotong royong di dewan sekolah.
 ??  ?? EMONG menerangka­n cara-cara menganyam penutup tin kepada Penolong Kanan Kokurikulu­m Ustaz Ja’afar Marip (tengah).
EMONG menerangka­n cara-cara menganyam penutup tin kepada Penolong Kanan Kokurikulu­m Ustaz Ja’afar Marip (tengah).
 ??  ?? PELAJAR sedang menyediaka­n bingkai untuk pemasangan penutup tin yang siap dianyam.
PELAJAR sedang menyediaka­n bingkai untuk pemasangan penutup tin yang siap dianyam.
 ??  ?? PELAJAR memasangka­n penutup tin yang siap dianyam pada bingkai anyaman yang disediakan.
PELAJAR memasangka­n penutup tin yang siap dianyam pada bingkai anyaman yang disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia