Utusan Borneo (Sabah)

Perusuh Buddha lempar batu ke rumah Muslim

-

YANGON: Polis melepaskan tembakan dengan peluru getah untuk meleraikan orang awam yang merusuh yang melontar batu ke rumah seorang penjual daging Muslim di tengah Myanmar, menurut pihak berkuasa semalam tatkala ketegangan agama memuncak di sebalik peningkata­n keganasan di barat negara.

Serangan perusuh pada malam kelmarin di wilayah Magway negara majoirit Buddha itu dicetuskan oleh kemarahan terhadap krisis yang semakin teruk di negeri barat Rakhine, menurut kenyataan akhbar kerajaan.

Konflik yang dicetuskan militan Rohingya lewat Ogos lalu menyaksika­n hampir 300,000 Rohingya melarikan diri merentasi sempadan ke Bangladesh manakala 27,000 etnik Buddha dan Hindu melarikan diri dari utara negeri.

Ketegangan meletus di pekan Taung Twin Gyi malam kelmarin apabila puluhan penduduk kampung menyanyika­n lagu kebangsaan dan melempar batu ke arah rumah seorang penjual daging Muslim sebelum berarak ke sebuah masjid tempatan di mana polis berjaya meleraikan kira-kira 400 perusuh terbabit.

Polis menahan seorang lelaki, Hnin Ko Ko Lin, 30, yang mendakwa mereka bertindak sedemikian kerana tidak dapat menerima krisis di Rakhine, menurut kenaytaan kerajaan.

Min Thein, ahli dewan undangan negeri pekan tersebut mengesahka­n penjual daging terbabit beragama Islam.

“Sekarang kami menggesa semua penduduk untuk terus bertenang dan kami sudah meminta penduduk Muslim untuk tidak keluar dari rumah mereka ketika ini,” kata beliau lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia