Utusan Borneo (Sabah)

Irma kini lemah, dua kren tumbang, 30 maut

Turun taraf kepada kategori 1, taufan tersebut masih berbahaya dengan ombak tinggi

-

MIAMI: Taufan Irma, yang telah menumbangk­an kren, menenggela­mi jalan raya dan menyebabka­n jutaan terputus bekalan elektrik, telah lemah menjadi ribut kategori 1 semalam, tetapi masih berbahaya ketika ia terus membadai pantai barat daya Florida.

Amaran ombak ribut berbahaya masih diteruskan di sepanjang semenanjun­g Florida di mana lebih enam juta penduduk telah diarahkan untuk meninggalk­an laluan Irma, antara arahan evakuasi terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Sekurang-kurangnya 30 kematian telah dilaporkan semasa ribut membadai, antaranya, seorang timbalan syerif yang maut dalam pertembung­an kenderaan awal kelmarin ketika dalam perjalanan pulang ke rumah untuk mendapatka­n bekalan selepas bekerja di sebuah pusat perlindung­an sementara sepanjang malam.

“Air deras serendah enam inci sudah boleh menghanyut­kan anda, jadi jangan keluar dari rumah, pastikan diri anda selamat,” menurut Gabenor Rick Scott dalam Twitter susulan penurunan taraf itu.

Angin maksimum berterusan telah merosot kepada 85 batu sejam setakat jam 2 pagi waktu tempatan, dengan Irma diunjur menjadi ribut tropika ketika ia mara ke utara Florida atau selatan Georgia lewat semalam.

Selepas meninggalk­an kesan kematian dan kemusnahan di seluruh Caribbean, Irma telah menyebabka­n tiga maut ketika membadai selatan rangkaian pulau Florida Keys sebagai ribut kategori 4 kelmarin.

Lebih empat juta terputus bekalan elektrik di seluruh negeri tersebut, menurut Bahagian Pengurusan Kecemasan Florida.

Florida Power dan Light berkata, ia telah menutup dengan selamat salah satu daripada dua reaktor nuklearnya di loji tenaga Turkey Point.

Sejumlah penduduk yang tidak mematuhi arahan evakuasi bertahan ketika Irma membadai Keys, merosakkan bot di pelabuhan, meratakan pokok kelapa dan menumbangk­an tiang elektrik di seluruh rangkaian pulau yang popular dengan perikanan dan selam skuba.

Beberapa jam kemudian, salah satu taufan terkuat pernah membadai negeri itu membuat pendaratan kedua di Pulau Marco dekat pusat peranginan pantai Naples.

Ketika Irma kelihatan mara ke kawasan Tampa yang dihuni tiga juta penduduk, separuh daripadany­a di kawasan tidak sampai 10 kaki di atas aras laut, sesetengah penduduk terkejut dengan peralihan Irma ke barat laut.

Berdepan kemaraan Irma, Datuk Bandar Tampa Bob Buckhorn berkata, bandar tersebut berusaha memujuk penduduk berpindah keluar dari kawasan pesisiran pantai.

“Saya pasti masih ramai penduduk di luar sana yang menyangka mereka boleh menempuh ribut ini.

“Saya tidak pernah menyangka saya akan memetik kata Mike Tyson, tetapi ‘semua orang ada pelan sehingga mereka ditumbuk di muka’,” kata Buckhorn semasa sidang akhbar kelmarin.

“Nampaknya kita akan ‘ditumbuk di muka’.”

Ketika barat daya Florida berdepan kekuatan Irma kelmarin, garisan pantai Miami dan pulau berjiran Miami Beach ditenggela­mi ombak ribut ketika angin taufan menyebabka­n dua kren pembinaan gergasi tumbang.

Laut menelan tebingan pantai mewah Brickell Avenue di tengah Miami, menenggela­mi jalan raya dan menyebabka­n kereta separuh tenggelam.

“Dermaga kayu hancur berkecai,” kata Steven Schlacknam, 51, artis visual yang melihat kemaraan ribut dari pangsapuri tingkat ke37.

Presiden Donald Trump, yang berikrar melawat Florida secepat mungkin, meluluskan permintaan negeri untuk bantuan kecemasan persekutua­n bagi membantu perumahan sementara, pembaikan rumah, kerja kecemasan dan mitigasi bencana.

“Buat masa sekarang, kita bimbangkan nyawa, bukannya kos,” kata Trump.

Irma taufan terkuat membadai Keys sejak 57 tahun lalu apabila Taufan Donna membadai kawasan yang sama pada 1960 dan memusnahka­n hampir 75 peratus bangunan di rangkaian pulau tersebut.

Pusat perlindung­an sementara saat akhir di bandar Marathon dilaporkan tiada bekalan elektrik atau air bersih, malah dikeliling­i air deras.

Irma juga mendorong beberapa respons unik warga Florida, di mana seorang syerif terpaksa memberi amaran kepada penduduk untuk tidak melepaskan tembakan ketika ribut selepas gurauan dalam talian mempromosi­kan idea tersebut tersebar.

Di Miami di mana perkhidmat­an kecemasan berlindung, seorang pegawai mengajar melalui telefon seorang wanita cara bersalin sendirian pagi kelmarin, menurut penolong ketua bomba Eloy Garcia kepada akhbar Miami Herald.

Irma juga begitu lebar sehinggaka­n kedua-dua pantai Florida dan Keys berdepan ombak ribut pemusnah ketika ia mara ke utara.

Perniagaan di kedua-dua pantai Florida ditutup manakala lapangan terbang Miami hanya dijangka dibuka hari ini.

 ?? — Gambar Reuters ?? SALAH satu kren pembinaan gergasi yang patah di tengah Miami ketika Irma membadai selatan Florida kelmarin.
— Gambar Reuters SALAH satu kren pembinaan gergasi yang patah di tengah Miami ketika Irma membadai selatan Florida kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia