Utusan Borneo (Sabah)

Aktivis demokrasi Taiwan didakwa di China

-

BEIJING: Seorang aktivis demokrasi Taiwan telah dihadapkan dalam perbicaraa­n di tengah China semalam bagi tuduhan cubaan untuk memusnahka­n kerajaan China, dalam satu kes yang seterusnya menjejaska­n hubungan di antara selat.

Para penyokong Lee Mingcheh, seorang pekerja NGO yang telah ditangkap semasa satu perjalanan ke tanah besar China pada Mac, berkumpul di luar mahkamah di wilayah Hunan di bandar Yueyang, menurut kepada gambar di dalam media sosial.

Satu siaran langsung bagi perbicaraa­n di dalam akaun media sosial rasmi bagi mahkamah rendah Yueyang menyatakan Lee telah dibicaraka­n bagi tuduhan “memusnahka­n kuasa negara”.

Isteri dan ibunya telah tiba di Hunan kelmarin untuk menghadiri perbicaraa­n. Kedua-dua wanita telah ditemani oleh beberapa orang pegawai dari pihak separuh rasmi Straits Exchange Foundation di Taiwan, yang menguruska­n hubungan dengan pihak tanah besar.

Lee telah lama menyokong pertubuhan masyarakat awam dan aktivis di China, menurut kepada Amnesty Internatio­nal.

Beliau telah berkongsik­an “pengalaman demokratik di Taiwan” dengan rakan atas talian China selama beberapa tahun dan sering menghantar buku kepada mereka, menurut Pertubuhan bagi Hak Asasi Manusia Taiwan.

Selepas Lee telah hilang pihak berkuasa China mengesahka­n beliau telah disiasat bagi aktiviti yang disyaki “membahayak­an keselamata­n negara.”

Beijing telah beberapa kali mengabaika­n permohonan Taipei bagi maklumat terhadap di mana Lee dan maklumat mengenai dakwaan terhadap beliau.

Hubungan di antara kedua-dua belah pihak telah bertambah buruk sejak Presiden Taiwan Tsai Ing-wen menjawat jawatan pada Mei tahun lepas. Sejak itu Beijing telah memutuskan semua komunikasi rasmi dengan Taipei.

China telah melihat Taiwan yang diperintah sendiri sebagai sebahagian dari wilayah menunggu untuk disatukan semula.

 ?? — Gambar Reuters ?? PENUNJUK perasaan membawa gambar Lee (kiri) dan aktivis lain semasa mengadakan demonstras­i di Hong Kong, semalam.
— Gambar Reuters PENUNJUK perasaan membawa gambar Lee (kiri) dan aktivis lain semasa mengadakan demonstras­i di Hong Kong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia