Utusan Borneo (Sabah)

SK Sungai Bedaun Kontinjen Terbaik Keseluruha­n

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun mencipta sejarah tersendiri apabila menerima Anugerah Kontinjen Terbaik Keseluruha­n sempena sambutan Perarakan dan Perbarisan Hari Malaysia 2017 peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan di Dataran Labuan pada Ahad.

Ia kerana, pertama kali kontinjen sekolah rendah merangkul Anugerah Kontinjen Terbaik Keseluruha­n selama 14 tahun Perbadanan Labuan menjadi penganjur Hari Kebangsaan di Labuan.

Selain muncul johan kategori Sekolah Rendah, SK Sungai Bedaun turut membawa balik trofi Kategori Pakaian Terbaik.

Guru Besar SK Sg Bedaun Saripah Haji Mahmud mengucapka­n tahniah dan terima kasih kepada murid-murid selaku peserta perbarisan pada tahun ini.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n kepada guruguru yang terbabit dan ibu bapa yang memberikan sokongan serta kerjasama kepada kontinjen SK Sg Bedaun.

“Kejayaan manis ini adalah hasil komitmen semua pihak termasuk guru-guru, ibu bapa dan murid selaku peserta perbarisan kontinjen SK Sg Bedaun pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, tempat keduakateg­orisekolah­rendah dimenangi SK Membedai.

Bagi kategori Tabika/ Tadika/Pra Sekolah dan Taska, johan dimenangi Tadika Islam MAIWP, naib johan, Prasekolah Zon 1 dan ketiga Prasekolah Zon 2.

Pasukan Kadet Kolej Matrikulas­i Labuan menjuarai kategori Pasukan Kadet Sekolah Menengah/ IPT diikuti Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) SMK Labuan.

Bagi kategori IPTA/IPTS, johan menjadi milik GiatMara Labuan dan naib johan City College Labuan.

Kampung Lubok Temiang mengunggul­i kategori Kampung, kedua Kampung Kilan Pulau Akar dan ketiga Kampung Patau-Patau 2.

KRT Kg Bukit Kalam menjuarai kategori Kawasan Rukun Tetangga, kedua KRT Kg Lubok Temiang dan ketiga KRT Pusat Bandar.

Bagi kategori Agensi Swasta, Petronas Methanol Berhad muncul johan, kedua Malaysia Airport Berhad dan ketiga Pathfinder Club Labuan Adventist Church.

Tempat pertama bagi kategori Jabatan dan Agensi Kerajaan ialah Jabatan Ukur dan Pemetaan Labuan, kedua MAIWP Labuan dan ketiga Jabatan Kesihatan Negeri WP Labuan.

Tentera Udara Diraja Malaysia Labuan menjuarai kategori Pasukan Beruniform Jabatan dan Agensi Kerajana, kedua Jabatan Kastam Diraja Malaysia Labuan dan ketiga Pusat Koreksiona­l Labuan.

TadikaChiH­wamemenang­i Anugerah Kontinjen Paling Ramai Keseluruha­n.

Majlis perasmian Sambutan Hari Malaysia peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli selaku pengerusi Perbadanan Labuan.

Turut hadir, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad dan Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Azman Sipan.

 ??  ?? KONTINJEN SK Sungai Bedaun merangkul Anugerah Kontinjen Terbaik Keseluruha­n sempena sambutan Perarakan dan Perbarisan Hari Malaysia 2017 peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan.
KONTINJEN SK Sungai Bedaun merangkul Anugerah Kontinjen Terbaik Keseluruha­n sempena sambutan Perarakan dan Perbarisan Hari Malaysia 2017 peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia