Utusan Borneo (Sabah)

Program Technorama iT Fiesta berjaya

Cungkil bakat pelajar dalam bidang ICT, lakonan, penulisan skrip, suntingan filem dan animasi

-

BELURAN: Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) menerusi Bahagian Kemajuan IT kementeria­n itu telah bekerjasam­a dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Sabah untuk menganjurk­an Program Technorama iT Fiesta.

Program itu telah berlangsun­g di daerah Beluran dengan disertai lima sekolah rendah dan tiga sekolah menengah, melibatkan seramai 88 pelajar serta 21 guru pengiring.

Menjelaska­n mengenai program itu, Nailson Jimmy yang juga penyelaras dan setiausaha Program Technorama iT Fiesta berkata ia adalah satu aktiviti dalam program Virtual School Club yang diinspiras­i pada tahun 2002 yang mana sasaran program merupakan para pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh negeri Sabah.

“Program ini bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam bidang ICT dan juga membantu mencetuska­n idea kreatif guruguru dengan mempelbaga­ikan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajar­an dengan menggunaka­n teknologi ICT seperti Digital StoryTelli­ng dan Aniclix,” katanya.

Menurutnya Digital StoryTelli­ng (DST) adalah satu aktiviti yang akan mencungkil pelajar dalam menghasilk­an filem pendek.

Aktiviti DST akan mendedahka­n pelajar kepada teknik dalam menghasilk­an skrip DST, melahirkan pelajar berbakat dalam bidang seni lakonan dan melahirkan pelajar yang memahami cara membuat suntingan video.

Di akhir aktiviti DST itu pula, pelajar diharap dapat menghasilk­an cerita dalam bentuk digital yang boleh menyampaik­an satu mesej sama ada yang berkaitan langsung dengan pendidikan di sekolah mahupun kemasyarak­atan.

Bagi aktiviti Aniclix, pelajar didedahkan dalam mengenali prinsip asas pergerakan dalam animasi. Aktiviti itu pula secara tidak langsung dapat memberi pendedahan serta mencungkil minat pelajar mengenai perkembang­an industri pembikinan filem animasi dan kandungan kreatif.

Selain itu, aktiviti Aniclix dapat memberi pelajar pengalaman asas proses penghasila­n animasi yang juga termasuk penghasila­n papan cerita, pengambara­n, suntingan dan jenis animasi.

“Aktiviti DST dan Aniclix ini berlangsun­g selama empat hari dengan tiga pelajar akan melakukan aktiviti membuat suntingan video, membuat skrip, mengambil gambar, membuat model dan berlakon mengikut tajuk tugasan yang diberikan kepada mereka,” kata Nailson.

“Kedua-dua aktiviti ini mendapat kerjasama penuh dari BTPN Sabah dan Pertubuhan Usahawan Teknologi Sabah (SATA) dengan aktiviti DST dikendalik­an oleh Chua Guan Chee dari BTPN Sabah manakala aktiviti Aniclix pula dikendalik­an oleh SATA.”

Beliau berkata, kemuncak Program Technorama iT Fiesta ialah aktiviti permainan komputer yang diadakan pada hari terakhir program berkenaan.

“Permainan komputer yang berbentuk Educationa­l games yang melibatkan lapan orang pelajar ini akan melatih kemahiran pelajar dalam bidang ICT dan menggalakk­an semangat belajar dan bekerja secara berkumpula­n melalui ICT,” katanya.

Technorama iT Fiesta merupakan program tahunan Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) Negeri Sabah yang mana pada tahun ini enam daerah telah dipilih menjayakan­nya.

Daerah terlibat ialah Beaufort, Kalabakan, Penampang, Sandakan, Beluran dan Kundasang. Bagi daerah Beluran, sekolah yang terlibat dalam program ini ialah SMK Beluran, SMK Balaban Jaya, SMK Beluran 2, SK Pekan Beluran, SK Kolapis, SK Sungai Nafas, SK Sungai Nangka dan SK Balaban Jaya.

Pelajar SMK Balaban Jaya, Noraziaty Josmin berkata program DS T banyak mendedahka­n kepadanya cara pembikinan filem yang bermula dengan penghasila­n skrip, lakonan dan suntingan video.

Katanya, “Untuk menghasilk­an lapan minit tayangan filem pendek sahaja pun saya bersama ahli kumpulan yang lain telah melakonkan beberapa babak lakonan yang berbeza agar hasil filem pendek yang kami hasilkan nampak menarik.”

Bagi pelajar yang menyertai aktiviti Aniclix pula, Brandon Alexzander pelajar tingkatan 1 dari SMK Balaban Jaya pula, pengalaman­nya membina model dari tanah liat untuk dijadikan subjek dalam animasi yang dihasilkan­nya membantu dirinya serta rakan-rakannya berfikir dengan lebih kreatif.

“Kami bermula dengan membina model dari tanah liat dan kemudian model itu kami hasilkan animasi dengan cara mengambil setiap saat pergerakan menggunaka­n gambar pegun.

“Hasil gambar itu kami gabungkan untuk menghasilk­an satu animasi bergerak yang diolah mengikut tajuk tugasan yang diberikan pada kami,” katanya.

Mengulas program berkenaan, Dzullkifli Abd Halim yang juga guru penyelaras ICT SK Balaban Jaya berkata ia secara tidak langsung dapat meningkatk­an kemahiran berfikir secara kritis, inovasi dan kreatif para pelajar yang menyertain­ya.

“Selain dapat menghasilk­an satu cerita pendek dalam bentuk digital, ia juga boleh menyampaik­an mesej sama ada yang berkaitan secara langsung dengan dunia pendidikan di sekolah mahupun kemasyarak­atan melalui karya yang dihasilkan,” katanya.

Program Technorama iT Fiesta telah itu dirasmikan oleh Moira David selaku ketua penolong setiausaha KPSKTM. Pada majlis berkenaan, Moria turut menyampaik­an sijil penyertaan dan hadiah pemenang pertanding­an ICT dalam aktiviti Technorama iT kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam program itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Pendidikan Daerah Beluran Haji Soje Haji Abd Hassan, Guru Besar SK Pekan Beluran Salasiah Said, Chua Guan Chee dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah, Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Sandakan Junggal Sidup dan Pengetua SMK Beluran 2 Siti Norita Dani.

 ??  ?? PESERTA dan guru pengiring bergambar bersama perasmi dan tetamu jemputan.
PESERTA dan guru pengiring bergambar bersama perasmi dan tetamu jemputan.
 ??  ?? GURU pengiring, urusetia program dan penceramah bagi bengkel DST serta Aniclix yang membantu pelaksanaa­n program itu.
GURU pengiring, urusetia program dan penceramah bagi bengkel DST serta Aniclix yang membantu pelaksanaa­n program itu.
 ??  ?? PELAJAR membuat skrip papan cerita untuk tugasan yang mereka hasilkan.
PELAJAR membuat skrip papan cerita untuk tugasan yang mereka hasilkan.
 ??  ?? BRANDON sedang memeriksa model yang digunakan semasa penggambar­an animasi Aniclix.
BRANDON sedang memeriksa model yang digunakan semasa penggambar­an animasi Aniclix.
 ??  ?? PELAJAR sedang membuat penggambar­an rakaman aktiviti Aniclix.
PELAJAR sedang membuat penggambar­an rakaman aktiviti Aniclix.
 ??  ?? PELAJAR sedang membuat suntingan video mengikuti skrip cerita yang dihasilkan.
PELAJAR sedang membuat suntingan video mengikuti skrip cerita yang dihasilkan.
 ??  ?? NAILSON
NAILSON
 ??  ?? DZULLKIFLI
DZULLKIFLI
 ??  ?? NORAZIATY
NORAZIATY
 ??  ?? BRANDON
BRANDON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia