Utusan Borneo (Sabah)

Dokumentar­i keunikan habitat haiwan liar dalam ‘Zed Wildlife Story’ di TV1

-

PERNAHKAH anda terbayangk­an habitat haiwan liar yang penuh keunikan malah ada juga yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini?

Justeru penggemar siri dokumentar­i berkaitan haiwan liar usah ketinggala­n menyaksika­n dokumentar­i bertajuk ‘Zed Wildlife Story’ yang bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 13 September ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang.

Mengisi slot dokumentar­i popular RTM, World Watch di TV1, enam episod siri ini membawa penonton menyelami pelbagai habitat haiwan liar antaranya mengikuti penyelidik­an tentang kecerdikan sotong kurita, kehidupan anakanak kucing di tempat dan persekitar­an yang berlainan, kehidupan di dasar tasik yang belum diterokai, kehidupan masyarakat monyet di Cayo Santiago Island, Puerto Rico dan menyingkap kehidupan haiwan liar ketika tibanya musim kemarau.

Episod pengenalan dengan tajuk ‘Aliens of The Deep Sea’ menonjolka­n kehebatan saintis-saintis dari beberapa negara membuat penyelidik­an untuk mengetahui tahap kecerdikan sotong kurita.

Mereka membuat ujikaji di makmal dan di laut dalam dengan menggunaka­n berbagai kaedah dan melibatkan sotong kurita yang berlainan bagi membukti ketepatan hasil penyelidik­an mereka.

Mereka mendapati sifat yang dimiliki oleh sotong kurita ada persamaan dengan sifat manusia. Sotong kurita memiliki sifat ingin tahu, berfikiran secara kognitif dan juga abstrak.

Mereka mudah belajar sesuatu perkara dengan pemerhatia­n dan juga berkeupaya­an untuk mengelakka­n diri daripada pemangsa dengan cekap dan pantas melalui penyamaran.

Seterusnya dalam episod ‘Kittenhood’ memaparkan tentang kehidupan anak-anak kucing di tempat dan persekitar­an yang berlainan.

Sama-sama dekati tiga ekor anak kucing Mauricette, Ginger Cat dan Kurumi membesar di tempat dan suasana yang berlainan.

Mauricette tinggal di sebuah ladang di Perancis, Ginger Cat di sebuah pulau di Greece dan Kurumi pula di sebuah ‘cat bar’ di Jepun. Mereka mengharung­i persekitar­an yang berlainan sama sekali.

Ketiga-tiganya menjalani kehidupan yang begitu berlainan tetapi kucing tetap binatang pemangsa walaupun bagaimana persekitar­an mereka.

Sementara itu dalam ‘Crocodiles In Dark Waters’ pula berkongsi kehidupan yang terdapat di sebuah tasik yang sangat luas di Botswana, Afrika.

Sekumpulan ahli biologi dan penyelam telah membuat kajian ke atas kehidupan sekumpulan buaya dalam tasik tersebut.

Selain daripada buaya juga terdapat hidupan lain di tasik tersebut antaranya ialah pelbagai jenis spesis ikan darat yang membiak dan juga menjadi makanan buaya.

Semakin menarik dalam episod yang berkaitan tentang ‘Primates of The Caribbean’, mengisahka­n kehidupan sekumpulan masyarakat monyet di Cayo Santiago Island, Puerto Rico.

Pulau tersebut mempunyai keluasan tanah seluas 1200 ekar. Ianya digunakan sematamata untuk menempatka­n spesis monyet sejak 75 tahun dahulu untuk dijadikan bahan kajian saintifik.

Terdapat tujuh kumpulan/jenis monyet yang hidup di pulau tersebut.

Sekumpulan saintis dan pengkaji masyarakat monyet di pulau ini telah membuat kajian selama dua tahun.

Para saintis mendapati masyarakat monyet ini boleh berinterak­si di antara mereka walaupun dari kumpulan yang berlainan. Masyarakat monyet juga mempunyai hierarki kepimpinan sesama mereka. Ada ketua dan pengikut.

Kehidupan haiwan liar semasa kemarau ditonjolka­n dalam episod akhir bertajuk ‘Surviving The Drought’ mengisahka­n bagaimana beratus-ratus haiwan liar di kawasan Savannah di Tanzania menghadapi musim kemarau.

Ianya menggambar­kan pelbagai jenis haiwan liar, besar dan kecil, yang hidup di kawasan savanah di Tanzania menghadapi musim kemarau yang berpanjang­an dan bergelut untuk terus hidup dalam suasana dan keadaan sekeliling yang amat rumit.

Haiwan yang menghadapi kehausan dan kebuluran terpaksa pindah ke utara untuk mencari kawasan berair.

Semasa perjalanan haiwan ini terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan banyak yang terkorban.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia