Utusan Borneo (Sabah)

Kepimpinan JPNS tandatanga­ni dan lafaz IBR

-

KUCHING: Kepimpinan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) pada Isnin menandatan­gani dan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai komitmen untuk berkhidmat penuh integriti serta bebas daripada perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

Majlis menandatan­gani dan lafaz ikrar telah diketuai Pengarah JPNS Rakayah Madon di hadapan Timbalan Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Zulhairy Zaidel.

Dalam ucapannya, Zulhairy berkata kakitangan awam adalah golongan yang mempunyai kecenderun­gan paling tinggi untuk terlibat dengan gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Statistik katanya, turut menunjukka­n bahawa golongan ini mempunyai ruang dan peluang yang tinggi untuk terjebak dengan perlakuan jenayah rasuah.

Bagi menangani senario ini, SPRM Sarawak melalui Unit Pendidikan Masyarakat telah secara aktif mengadakan pelbagai program yang menyasarka­n kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan kaum.

Antara aktiviti yang telah dilaksanak­an ialah ceramah antirasuah yang dijalankan secara berkala kepada pelbagai jabatan kerajaan.

Turut diadakan seminar dan wawancara radio berkaitan jenayah rasuah bagi memastikan mesej ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat di negeri ini.

Terkini katanya, SPRM baharu sahaja melancarka­n satu program yang dinamakan ‘GerakanRev­olusiAntir­asuah’ atau lebih mudah dikenali sebagai ‘GERAH’.

Gerakan ini merupakan satu gelombang baharu yang dilancarka­n SPRM bagi menyematka­n lagi perasaan benci rasuah di kalangan rakyat negara ini.

“Komitmen dan sokongan padu ditunjukka­n barisan kepimpian serta seluruh warga kerja JPNS ini, secara tidak langsung akan menjadi pembakar semangat untuk SPRM terus berjuang.

“Justeru JPNS perlu memainkan peranan yang signifikan dalam hal ini kerana JPNS merupakan salah satu organisasi yang amat dipandang tinggi dalam masyarakat dengan integriti pada tahap yang paling tinggi,” katanya.

Terdahulu sebelum lafaz IBR, warga JPNS mendengar ceramah integriti oleh SPRM padaProgra­mBicaraEks­ekutif di Auditorium JPNS di Jalan Diplomatik di sini.

 ??  ?? RAKAYAH (tiga kiri) mengetuai lafaz Ikrar Bebas Rasuah warga JPNS disaksikan Zulhairy (tiga kanan).
RAKAYAH (tiga kiri) mengetuai lafaz Ikrar Bebas Rasuah warga JPNS disaksikan Zulhairy (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia