Utusan Borneo (Sabah)

514 murid di daerah Meradong duduki UPSR

-

BINTANGOR: Seramai 514 murid tahun enam di daerah Meradong menduduki peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini bermula Isnin.

Jumlahters­ebutmerang­kumi 18 Sekolah Kebangsaan (SK) dan 14 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Daripada jumlah tersebut, SJK Kai Chung Bintangor mempunyai jumlah paling ramai murid menduduki peperiksaa­n UPSR tahun ini iaitu seramai 61 orang.

Sementara itu, terdapat tiga sekolah mempunyai hanya tiga murid menduduki UPSR tahun ini iaitu SK Mupong Ulin, SJK Ming Shing dan SJK Nang Hua.

Seperti kebiasaan, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Meradong Ismail Abang Mahamud menziarahi sekolah-sekolah bernaung di bawah PPD Meradong untuk memberi perangsang dan semangat kepada muridmurid.

Dalam amanat ringkasnya, Ismail meminta murid-murid memahami dengan jelas setiap soalan dan menjawab dengan tenang.

Beliau berharap keputusan UPSR bagi daerah Meradong tahun ini dapat menunjukka­n peningkata­n dan mencapai keputusan memberangs­angkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia