Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Persatuan Alumni KTYS sertai sukan lasak di Sungai Padas

- Oleh YUSOP TEPPO

KOTA KINABALU: Seramai tujuh ahli Persatuan Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) bersama tiga staf Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang menyertai White Water Rafting di Sungai Padas pada Sabtu.

Aktiviti sukan lasak itu anjuran persatuan itu dengan kerjasama Borneo Ultimate Sports Adventure Tours Sdn. Bhd (BUSAT).

Timbalan Presiden 1 Persatuan Alumni KTYS Latola Iye Nurdin yang turut menyertai aktiviti itu berkata, suatu pengalaman mencabar yangsangat­bermaknake­pada semua Alumni KTYS bukan sahaja aktiviti ini dapat mengeratka­n hubungan antara alumni KTYS dan staf IPD Sipitang malah dapat menghadapi cabaran lain.

Katanya, antaranya merasai pengalaman kereta api yang dinaiki terkeluar dari landasan dan terpaksa bertukar kepala kereta api, merentasi laluan dan halangan extreme serta berenang sejauh 400 meter di Sungai Padas yang deras.

“Ini merupakan pengalaman berharga yang tidak akan dilupakan dalam hidup kalangan ahli Alumni KTYS yang menyertai aktiviti ini,” katanya.

Mereka bergerak seawal jam 5.30 pagi dari Kota Kinabalu ke Stesen Kereta Api Beaufort.

Kemudian pada jam 7.50 pagi bertolak dari Beaufort menggunaka­n kereta api bergerak perlahan selama dua hingga tiga jam sempat menikmati keindahan alam seperti pemandanga­n hutan, bukit, perkampung­an, kebun kelapa sawit dan Sungai Padas.

Perjalanan lebih kurang dua jam untuk tiba di Stesen Kereta Api Rayoh yang menjadi ending point rafting di sini.

Mereka kemudian meneruskan perjalanan dalam tempoh 30 minit ke Stesen Kereta Api Pangi, tempat untuk starting point rafting.

Keretapi yang dinaiki sangat unik dan antik kerana masih ada ruang gerabak yang tidak ada kerusi dan penumpang hanya duduk di lantai.

Di tempat pemulaan rafting, mereka bersama pelancong diberi taklimat tentang alat-alat rafting, keselamata­n dan kemungkina­n yang boleh berlaku semasa rafting seperti jatuh dalam air yang deras, halangan batu-batu atau kayu dan air berpusar.

Terdapat lapan halangan Rapid iaitu Head Hunter, Mickey Mouse, Cobra, Lambada, Washing Machine, Merry Go Round, Snake House dan BBQ Rapids.

Jarak laluan rafting sepanjang 10KM yang mengambil masa dua jam untuk sampai ke Ending Point Rafting.

Aktiviti rafting berakhir pada jam 1 petang dan pada jam 2 petang bertolak dari Stesen Kereta Api Rayoh dan tiba ke Stesen Kereta Api Beaufort pada jam 4 petang.

Kemudian bertolak dari Beaufort ke Kota Kinabalu untuk pulang ke destinasi masing-masing pada jam 5.30 petang.

 ??  ?? SEBAHAGIAN Ahli Persatuan Alumni KTYS dan staf IPD Sipitang ketika aktiviti White Water Rafting di Sungai Padas.
SEBAHAGIAN Ahli Persatuan Alumni KTYS dan staf IPD Sipitang ketika aktiviti White Water Rafting di Sungai Padas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia