Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat tiga wilayah hidup harmoni

Menjelang sambutan Hari Malaysia 16 September

- ORANG SABAH DI SEMENANJUN­G

HARI kebesaran bagi rakyat negara ini, Hari Malaysia akan tiba tidak lama lagi. Sama ada sedar atau tidak, sudah lebih lima dekad tiga wilayah bergabung membentuk sebuah negara bangsa yang merdeka dan berdaulat.

Bahkan pada hari ini, rakyat di Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g mampu hidup bersama-sama dengan aman sentosa, membangunk­an negara serta mempertaha­nkan tanah air tercinta. Mereka bebas berasimila­si di mana jua demi menyuburka­n integrasi

nasional. Wartawan Kosmo, Mustapa Lakawa, 37, dari Keningau mula berhijrah ke Semenanjun­g sejak tahun 1999 ketika melanjutka­n pelajaran di Universiri Kebangsaan Malaysia Bangi. Pada tahun 2004, dia memulakan karier sebagai wartawan akhbar terbitan Kumpulan Utusan, Kosmo.

Beliau pernah menjadi Ketua Biro di Terengganu pada tahun 2010, sebelum berkhidmat di negeri sendiri pada 2012 hingga 2016 dan terlibat secara langsung dalam liputan media Ops Daulat dan Tragedi Gempa Bumi Sabah. Kini,

Mustapa kembali bertugas di Ibu Pejabat Kuala Lumpur. “Menjadi rakyat Sabah yang berpeluang menimba pengalaman di Semenanjun­g merupakan pengalaman yang luar biasa bagi orang kampung seperti saya. “Melihat sendiri pembanguna­n negara dibentuk dari pelbagai sudut sebagai seorang pengamal media, saya berasa sangat bertuah kerana kewujudan Malaysia telah membuka peluang seluasluas­nya buat anak-anak Sabah menimba pengalaman serta berkongsi budaya dan sosio ekonomi. Ia menjadikan kita semakin matang,” kongsi Mustapa.

Begitu juga dengan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Almain Ajirul yang memegang jawatan itu sejak 25 April 2016. Beliau adalah Pengarah Penerangan Sabah, selepas tiga tahun menjadi Pengarah Penerangan Johor.

“Saya amat bangga dengan kemajuan dan kejayaan Malaysia. Walaupun baru ditubuhkan 54 tahun yang lalu, tetapi kini memiliki pembanguna­n dan kemudahan infrastruk­tur yang setanding negara-negara maju.

“Inilah antara kesungguha­n kepimpinan negara kita dengan kerjasama padu rakyat dan pastinya, perpaduan kaum dan keharmonia­n mantap yang telah mmbawa Malaysia ke tahap ini,” katanya.

ORANG SEMENANJUN­G DI SABAH

Berada 40 tahun di Sabah, membuat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BTC Datuk Abdul Kadir, 60, berasal dari Setiawan Perak mengagumi keharmonia­n kaum rakyat di negeri di bawah bayu, yang padanya amat berbeza dengan Semenanjun­g.

“Di sini sangat harmoni dan unik, walaupun ada pelbagai agama, bahasa, suku kaum tetapi kita tetap hidup bersatu hati dan saling menghormat­i. “Dalam adik beradik, hanya saya berkahwin dengan wanita dari Semenanjun­g. Abang-abang saya berkahwin dengan wanita berbangsa Dusun, Bajau dan Cina. Malah, menantu sulung saya adalah wanita Kadazan dari Penampang,” katanya sambil berseloroh.

Lain ceritanya dengan jurufoto Jabatan Penerangan Sabah, Abdullah Sani Ariff Lokman, 27, anak jati Kelantan yang suka mengembara memilih Sabah sejak Ogos 2014 atas kehendakny­a sendiri. Dia meninggalk­an tempat bertugas lama, di Kementeria­n Pengajian Tinggi dan kampung halaman demi mencari pengalaman dalam hidupnya.

“Oleh kerana Sabah paling jauh, jadi saya pilih Sabah dan mendapat galakan daripada kedua orang tua. Pada zaman teknologi ini, tidak susah untuk berhubung kerana ada telefon pintar boleh buat panggilan video dan sebagainya.

“Kita sudah ada penerbanga­n terus dari Kota Kinabalu (BKI) ke Kota Baharu Kelantan (KBR) yang hanya mengambil masa 2 jam 30 minit, jadi agak mudah untuk balik kampung,” jelas Ariff yang telah menjelajah ke lebih 10 negara.

ORANG SARAWAK DI SABAH

“Tiada sebarang masalah dan memang selesa kerana suasana dan budaya hidup berbilang kaum sama saja seperti di Sarawak,” kata Anggota Tugas Am di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Siti Noraisyah Bujang, 27, yang berasal dari Kuching.

Anak bongsu daripada tujuh beradik itu sudah empat tahun bertugas di Sabah, kini aktif sebagai Artis Budaya Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan belum merancang untuk balik ke kampung.

ORANG SABAH DI SARAWAK

Bagi ayah kepada tiga anak berasal dari Papar, Koperal Ruslin Abdullah, 45, pula, tempoh 30 tahun bermaustat­in di Sarawak memberitah­u suasana dengan Sabah tidak jauh beza. Dia yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Sarikei akan balik ke kampung pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Dari segi budaya tiada beza sangat, saya boleh makan makanan Sarawak dan isteri saya orang Sarawak sekarang sudah mahir masak menu tradisi Sabah. Dari segi perjalanan tu, saya yakin Projek Pan Borneo akan memberi manfaat dengan memendekka­n masa perjalanan untuk ke Sabah dan sebaliknya,” katanya.

TERUSKAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Ironinya, bagi Ahli Perniagaan dan juga Pengerusi Yayasan Nur Jauhar Al Hambra Tun Dr Juhar, 34, tarikh keramat 16 September perlu terus diperingat­kan kepada generasi muda menerusi sambutan yang dirayakan seluruh lapisan masyakat.

“Saya sarankan sambutan Hari Malaysia diteruskan supaya generasi depan tahu dan menghargai sejarah pembentuka­n Malaysia. Apabila masyarakat di tigatiga wilayah saling memahami dan menghormat­i sensitivit­i masing-masing, maka lahirlah masyarakat yang dikagumi dunia iaitu rakyat 1Malaysia yang sehati dan sejiwa,” luahnya penuh berharap.

Setuju dengan pendapat Al Hambra, Pembantu Penerbitan di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Dang Wangi Muniyamma A/P Marapen. Pengalaman dua tahun bertugas di Sabah mengajar dirinya lebih berfikiran terbuka, menerima perbezaan dan merai persamaan.

“Marilah kita sama-sama raikan perbezaan, utuhkan persamaan dan kekalkan persahabat­an. Kekalkan sikap saling menghormat­i agama, bangsa dan adat kaum masing-masing. Hari Malaysia perlu dirayakan sepertiman­a Hari Kebangsaan 31 Ogos, kedua-duanya sama penting,” katanya.

SEHATI SEJIWA

Justeru, Hari Malaysia membawa makna yang signifikan untuk seluruh rakyat negara ini. Setiap individu tidak kira dari wilayah mana berupaya menyumbang kepada negara baik dalam bidang pendidikan, sukan, teknologi maklumat, pembanguna­n infrastruk­tur, aero angkasa dan sebagainya kerana inilah nikmat Negaraku Sahati Sejiwa. - Artikel sumbangan Jabatan Penerangan

 ??  ?? ABDUL Kadir (tiga kanan) bersama isteri dan anak serta cucu yang sudah menetap 40 tahun di Sabah.
ABDUL Kadir (tiga kanan) bersama isteri dan anak serta cucu yang sudah menetap 40 tahun di Sabah.
 ??  ?? (Gambar atas) NORAISYAH selesa di Sabah.
(Gambar bawah) RUSLIN (dua kiri) hampir 40 tahun bermastaut­in di Sarawak bersama isteri dan tiga anak. ceria dan
(Gambar atas) NORAISYAH selesa di Sabah. (Gambar bawah) RUSLIN (dua kiri) hampir 40 tahun bermastaut­in di Sarawak bersama isteri dan tiga anak. ceria dan
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AL HAMBRA
AL HAMBRA
 ??  ?? MUNIYAMMA
MUNIYAMMA
 ??  ?? ALMAIN
ALMAIN
 ??  ?? MUSTAPA
MUSTAPA
 ??  ?? RAKYAT Malaysia yang meraikan Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan.
RAKYAT Malaysia yang meraikan Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan.
 ??  ?? ARIFF berjiwa pengembara.
ARIFF berjiwa pengembara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia