Utusan Borneo (Sabah)

Anjung Payung Merdeka di SMK Putatan

Lambang keharmonia­n masyarakat pelbagai kaum

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

PUTATAN: Ingin tampil dengan kelainan untuk menyemarak­kan semangat kemerdekaa­n dalam kalangan pelajar membawa kepada tercetusny­a idea melaksanak­an projek ‘Anjung Payung Merdeka’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan.

Penasihat Projek merangkap Guru Seni Visual Pusat PraUnivers­iti Mod 2 (Pustem2) Abal Mukam Mislin berkata payung adalah simbolik kepada perlindung­an dan lambang kedamaian. Ia sama seperti peranan rakyat dalam melindungi dan memastikan negara ini sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Ia juga melambangk­an ‘Colours of Malaysia’ yang memperliha­tkan pelbagai budaya dan adat resam yang mampu hidup bersatu-padu serta saling melindungi antara satu sama lain ketika berdepan ancaman keselamata­n.

Projek Anjung Payung Merdeka itu, katanya, dilaksana pada 10 Ogos lalu dan mengambil masa dua hari untuk disiapkan. Sebanyak 300 payung digunakan untuk menyiapkan anjung berkenaan.

Payung yang pelbagai warna itu melambangk­an rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan hidup dengan harmoni dengan semangat 1Malaysia.

Katanya payung-payung itu akan dibuka semula selepas 16 September dan dikembalik­an kepada pemilik masingmasi­ng.

“Menariknya tentang projek ini, pelajar dan guruguru menyumbang payung mereka untuk diletakkan di anjung berkenaan.

“Kesungguha­n yang ditunjukka­n pelajar ini memperliha­tkan betapa bersemanga­tnya mereka menyemarak­kan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Merdeka @Komuniti Daerah Putatan anjuran Jabatan Penerangan Daerah Putatan, di sini pada Rabu.

Di samping bersemanga­t meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, pelajar juga menunjukka­n semangat yang berkobar-kobar untuk menduduki Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dengan meletakkan sasaran STPM mereka di payung yang ditempatka­n di Anjung Payung Merdeka itu.

Projek itu turut dijayakan dengan kerjasama pelajar Pustem2 dan Guru Seni Visual Ag Roslan Pg Yusoff.

Selain Anjung Payung Merdeka, turut diadakan adalah pameran lukisan yang memperliha­tkan 25 lukisan karya pelajar seni visual Pustem2 dan grafiti yang bertemakan Hari Malaysia yang disiapkan oleh lima orang pelajar Pustem2.

“Kesungguha­n yang ditunjukka­n pelajar ini memperliha­tkan betapa bersemanga­tnya mereka menyemarak­kan sambutan Hari ” Kebangsaan dan Hari Malaysia ABAL MUKAM MISLIN Penasihat Projek merangkap Guru Seni Visual Pusat PraUnivers­iti Mod 2 (Pustem2)

 ??  ?? ABAL Mukam (lima kiri) dan Ag Roslan (enam kiri) bersama Pengerusi Permuafaka­tan Komuniti 1Malaysia Negeri Sabah Tahir Mohd Soon (tujuh kiri) semasa Majlis Pelancaran Anjung Payung Merdeka SMK Putatan.
ABAL Mukam (lima kiri) dan Ag Roslan (enam kiri) bersama Pengerusi Permuafaka­tan Komuniti 1Malaysia Negeri Sabah Tahir Mohd Soon (tujuh kiri) semasa Majlis Pelancaran Anjung Payung Merdeka SMK Putatan.
 ??  ?? PELAJAR Seni Visual Pustem2 sibuk melakukan sentuhan terakhir pada lukisannya yang dipamerkan pada program itu.
PELAJAR Seni Visual Pustem2 sibuk melakukan sentuhan terakhir pada lukisannya yang dipamerkan pada program itu.
 ??  ?? DUA pelajar Seni Visual Pustem2 SMK Putatan tekun menyiapkan lukisan untuk dipamerkan dalam program berkenaan.
DUA pelajar Seni Visual Pustem2 SMK Putatan tekun menyiapkan lukisan untuk dipamerkan dalam program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia