Utusan Borneo (Sabah)

Undang-undang berkaitan rogol perlu dikaji

Andaian Kanun Keseksaan bahawa budak lelaki bawah umur 13 tahun tidak dapat lakukan rogol perlu dikaji semula

-

KUCHING: Andaian di bawah Kanun Keseksaan bahawa budak lelaki bawah umur 13 tahun tidak dapat melakukan kesalahan rogol perlu dikaji semula.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah, perkara dalam undang-undang sedia ada tidak dapat diguna pakai lagi pada masa sekarang.

“Sebelum ini semasa undang-undang digubal, tidak ada orang terfikir yang kanak-kanak boleh melakukan rogol tetapi sekarang zaman sudah berubah.

“Untuk itu, adalah perlu untuk kita mengkaji semula undang-undang sedia ada sama ada relevan atau tidak, yang dulu kita fikir takkan berlaku tapi berlaku (sekarang),” katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur di sini, pada Selasa.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas kejadian serangan seksual dan rogol ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Limbang baru-baru ini, oleh dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun.

Justeru, Fatimah menjelaska­n adalah sukar untuk membuat pendakwaan ke atas kanak-kanak terbabit, kerana mengikut undangunda­ng sedia ada mereka masih diandaikan tidak dapat melakukan kesalahan merogol.

Ekoran itu, katanya polis sekarang masih menentukan apa tindakan yang boleh diambil ke atas kanak-kanak lelaki terbabit disebabkan mereka masih di bawah umur.

“Ada benda kadangkada­ng tidak terfikir oleh kita. Seperti kes ini, ia adalah elemen yang wujud sekarang dan sesuatu yang baharu bagi kita,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya bagi kes itu, tindakan undang-undang adalah bergantung kepada polis dan mahkamah.

Fatimah juga berkata kes serangan seksual dan rogol membabitka­n kanak-kanak itu adalah yang pertama dilaporkan di negeri ini.

Sementara itu, polis masih menjalanka­n siasatan terhadap dua kanakkanak lelaki yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang kanakkanak perempuan berusia sembilan tahun dalam satu insiden di sebuah ladang di Kampung Palas, Limbang pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata insiden dilaporkan berlaku oleh ibu kanak-kanak perempuan terbabit yang berusia 32 tahun selepas menemui anaknya dalam keadaan separuh bogel dan ditindih seorang daripada kanakkanak lelaki terbabit malam Ahad lalu.

Menurut Dev, ibunya nekad untuk membuat laporan polis selepas mendapati terdapat cecair merah keluar dari kemaluan anaknya.

“Insiden itu disedari si ibu ketika anaknya yang kali terakhir dilihat bermain dengan kedua-dua kanak lelaki terbabit yang berusia 10 dan 11 tahun di kawasan stor sejuk beku di ladang berkenaan.

“Si Ibu kemudian masuk ke dalam stor tersebut dan terkejut apabila melihat seorang daripada kanakkanak lelaki terbabit berada di atas badan anaknya yang telanjang dari pinggang ke bawah.

“Dia( ibu) kemudian segera menarik anaknya keluar dari stor tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Difahamkan, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Miri petang kelmarin (Isnin) untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Limbang untuk disoal siasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan sebagai kes rogol,” kata Dev.

“Sebelum ini semasa undang-undang digubal, tidak ada orang terfikir yang kanak-kanak boleh melakukan rogol tetapi sekarang zaman sudah berubah. “Untuk itu, adalah perlu untuk kita mengkaji semula undang-undang sedia ada sama ada relevan atau tidak, ” yang dulu kita fikir takkan berlaku tapi berlaku (sekarang). DATO SRI FATIMAH ABDULLAH Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia