PANTAU PUSAT TAHFIZ

Wajib daftar dengan Muis, penuhi syarat keselamatan

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh KENNEDDY CORLLEUS

MEMBAKUT: Setiap pusat tahfiz dan institusi pendidikan agama di negeri ini yang belum mendaftar diminta tampil merujuk dengan pihak Majlis Ugama Islam Sabah (Muis).

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Arifin Arif berkata, ia bagi memastikan setiap pusat tahfiz dan institusi berkenaan selesa dan selamat serta memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan.

Jelasnya, usaha itu bukan sahaja bagi memastikan kemudahan serta premis itu selamat untuk para pelajar dan guru tetapi turut memastikan pembelajaran tersebut adalah selari dengan kokurikulum yang ditetapkan.

“Bagi pusat tahfiz yang belum mendaftar, kita akan mencari jalan penyelesaian bagi memastikan mereka berdaftar dengan pihak kami. Bagi yang tidak patuh terhadap syarat yang ditetapkan, kita juga akan pastikan mereka mematuhi syarat itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan

Borneo selepas merasmikan program pelancaran arca Gunung Kinabalu dan bunga Raflessia yang diperbuat daripada penutup tin di Sekolah Menengah (SM) Saint Patrick, Membakut, pada Jumaat.

Hadir sama Pengetua SM Saint Patrick, Elizabeth Mak dan wakil Malaysia Book of

Record (MBR), Muhammad Shukri.

Dalam pada itu, Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut memberitahu, pihaknya akan memperkenalkan undang-undang baharu bagi mewajibkan setiap pusat tahfiz yang didirikan berdaftar dengan Muis.

“Saya akan berbincang dengan Muis serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) bagi memperkemaskan lagi undang-undang, peraturan serta syarat bagi mewujudkan pusat tahfiz.

“Ini bagi membolehkan kita melakukan pemantauan berkala bukan sahaja dari aspek kokurikulumnya tetapi juga kemudahan prasarana yang terdapat di pusat tahfiz terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin turut bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu semua pusat tahfiz di seluruh negara mematuhi piawaian keselamatan bangunan yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Ahmad Zahid berkata piawaian keselamatan harus dipatuhi semua pihak demi menjaim keselamatan terutama pelajar dan tenaga pengajar di pusat tahfiz.

GambarBernama

MENTERI Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak bersama Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr D Kamarudin D Mudin bergambar bersama pelajar UMS selepas majlis memeterai perjanjian usahasama antara UMS dan Jabatan Penyiaran pada Jumaat.

ELIZABETH (dua kiri) menyampaikan cenderahati kepada Arifin (tiga kanan) sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.