Najib tiba di KK untuk Sambutan Hari Malaysia

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada 5.55 petang Sabtu bagi menghadiri Sambutan Hari Malaysia di perkarangan Kompleks Sukan Likas malam Sabtu.

Ketibaan Najib di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dengan pesawat khas disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Turut menyambut ketibaan perdana menteri ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin, barisan anggota Kabinet Sabah, ketua-ketua agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Terdahulu, Ahmad Zahid tiba dengan pesawat khas di lapangan terbang itu pada 5.45 petang.

KETIBAAN Najib di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu disambut Ahmad Zahid, Musa dan pemimpin lain pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.