APMM gagalkan cubaan menyeludup minuman keras

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan penyelududupan sejumlah minuman keras pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM105,000 di perairan Menumbuk, awal pagi Sabtu.

Pengarah Maritim Daerah Labuan Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata, kejadian jam 1.15 pagi disedari semasa sepasukan anggota melakukan operasi pemantauan di lokasi berkenaan.

Katanya, pihaknya menjalankan pemantauan secara berterusan selepas mendapatmaklumatdaripada orang awam berkenaan aktiviti penyeludupan berkenaan.

“Anggota kita mengekori bot penyeludup dalam keadaan mencurigakan yang bergerak dari arah Labuan menuju ke Menumbuk.

“Kira-kira 10 minit kemudian juragan bot menyedari kehadiran anggota di lokasi kejadian sebelum bertindak memecut laju bot ke tebing muara Mempakul.

“Dua daripada suspek di bot penyeludup itu kemudiannya terjun ke air sebelum menghilangkan diri ke belukar berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut di dalam bot yang tiada nombor pendaftaran itu mendapati suspek meninggalkan sejumlah minuman keras pelbagai jenama dipercayai untuk diseludup.

“Kesemua minuman keras termasuk Carlsberg, Royal Stout, Skol Beer bernilai RM105,000 dan tiga enjin jenama Yamaha 200Hp bernilai RM145,000 serta bot kemudiannya dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Labuan untuk tindakan selanjutnya.

“KesdisiasatmengikutAkta Kastam 1967,” katanya.

MINUMAN keras pelbagai jenama bernilai RM105,000 yang dirampas pihak APMM Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.