Pusat tahfiz tanpa perakuan keselamatan akan ditutup sementara

Pusat tahfiz tanpa perakuan keselamatan

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

Bagi pusat tahfiz yang dibina di taman-taman perumahan itu tidak ada masalah cuma pengusaha tahfiz itu perlu memastikan rumah itu mengikut spesifikasi selamat ditetapkan bomba, kalau ada satu sahaja tangga, wajib bina satu lagi tangga. ALJIUS SIPIL Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT)

TAWAU: Pusat tahfiz di daerah ini yang tidak mempunyai Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) serta berisiko kebakaran akan ditutup sementara, kata Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Aljius Sipil. Katanya tempoh penutupan itu akan ditentukan pihak bomba dan bertujuan memastikan aspek keselamatan bangunan dipatuhi.

MPT dan bomba akan terlebih dahulu mengenal pasti bilang pusat tahfiz, sekolah pondok dan premis berkaitan di sini sebelum menjalankan pemeriksaan keselamatan, katanya kepada Bernama, pada Sabtu.

Katanya jika ada pengusaha tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan menduduki yang ditetapkan, pihaknya akan memanggil serta menasihati pengusaha terbabit agar mengambil langkah-langkah perlu.

“Tetapi sekiranya bangunanitutidakmematuhi syarat serta berisiko terhadap kebakaran, dan bomba tidak cara lain maka pusat itu akan ditutup sementara sehingga syarat menduduki bangunan itu dipatuhi kerana ini untuk kebaikan semua pihak,” katanya.

Alijus berkata antara spesifikasi yang perlu ada ialah dua tangga dengan satu daripadanya untuk digunakan sewaktu kecemasan selain bangunan dibina kira-kira 20 meter dari bangunan lain bagi memudahkan pembendungan kebakaran.

“Bagi pusat tahfiz yang dibina di taman-taman perumahan itu tidak ada masalah cuma pengusaha tahfiz itu perlu memastikan rumah itu mengikut spesifikasi selamat ditetapkan bomba, kalau ada satu sahaja tangga, wajib bina satu lagi tangga,” katanya.

Khamis lalu 21 pelajar dan dua warden maut dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah di Kuala Lumpur. Dilaporkan bangunan tiga tingkat itu belum mendapat CCC selain terdapat perubahan pada bangunan berbanding pelan asal. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.