Kerajaan sedia skim bantuan bantu golongan berkenaan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

SEMPORNA: Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan nelayan sebaliknya sentiasa menyediakan pelbagai skim bantuan bagi membantu mereka melalui agensi seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Ahli Lembaga Pengarah LKIM yang baru dilantik DatukHajiRazakTunSakaran berkata, berbagai bentuk bantuan yang disediakan untuk nelayan seperti bantuan elaun sara hidup, bantuan minyak bersubsidi serta khairat kematian jika berlaku sebarang kemalangan semasa bekerja di laut.

“Selain itu, banyak lagi jenis bantuan lain yang disediakan oleh kerajaan semata-mata untuk membela dan meningkatkan taraf hidup nelayan,” katanya.

Katanya, selaku ahli lembaga pengarah LKIM yang baru dilantik, beliau akan membuat lawatan ke kampung-kampung dan daerah untuk bertemu sendiri dengan nelayan untuk mendengar dan mendampingi mereka serta membantu menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.

Razak melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato Sri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi LKIM Datuk Dr Irmoziham atas kepercayaan yang diberikan dalam memperkasa industri perikanan yang semestinya mempunyaipulanganekonomi yang besar dan berpotensi di kembangkan lagi.

Menurutnya, golongan nelayan perlu bangkit bersatu menyokong usaha-usaha kerajaan yang menyediakan pelbagai program untuk kepentingandankesejahteraan mereka.

Katanya, banyak lagi yang perlu dibuat untuk penambahbaikan nasib golongan nelayan.

Beliau juga berkata, kerjasama antara persatuan nelayan kawasan dengan LKIM adalah sangat baik.

“Saya berharap agar persatuan-persatuan nelayan kawasan mengemaskini maklumat dan data ahli agar golongan ini sentiasa terjaga kebajikan mereka dan tidak tercicir dari sebarang bantuan yangg disalurkan oleh kerajaan kelak.

“Selain itu, banyak lagi jenis bantuan lain yang disediakan oleh kerajaan semata-mata untuk membela dan meningkatkan taraf hidup nelayan. DATUK HAJI RAZAK TUN SAKARAN Ahli Lembaga Pengarah LKIM

RAZAK meninjau nelayan kecil yang menjaja hasil tangkapan mereka.

RAZAK bersama rombongan melawat kampung nelayan di Semporna.

RAZAK beramah mesra dengan masyarakat nelayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.