Penerapan EKSA jana pemikiran kreatif warga HQE

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Penerapan dan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Peringkat Hospital Queen Elizabeth (HQE) akan terus digerak dan dipergiat melibatkan klinik dan wad bagi menjana warga hospital sentiasa bertindak dan berfikir secara kreatif.

Pengarah HQE Dr. Heric Corray berkata, berfikiran secara kreatif dalam sebarang tindakan tidak terlalu sukar sebaliknya bergantung kepada cara individu berfikir.

“Jika kita sendiri menyempitkan pemikiran sebelum bertindak, akhirnya kita akan terasa terhimpit dan hilang motivasi.

Tambahnya, penglibatan dan sokongan setiap warga hospital terhadap penerapan dan program EKSA sudah pasti menjana warganya berfikiran secara kreatif dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Sehubungan itu bertindaklah demi kepentingan umum dan imej organisasi kerana dengan berfikiran secara kreatif kita pasti mampu melihat pelbagai kaedah baharu yang boleh membantu sebarang masalah dan kesulitan terutama dalam memberi perkhidmatan perubatan dan rawatan yang terbaik kepada masyarakat,” jelasnya.

Dr.Heric berkata demikin semasa melancarkan Program Gotong Royong Perdana EKSA ke-2 Peringkat HQE bertempat di Perkarangan Lobi HQE Aras 2, pada Jumaat.

Dengan tema ‘Bersama kita Laksanakan 3 R’ (Reuse, Reduce, dan Recycle) Majlis pelancaran dimulai dengan sesi senamrobik seterusnya bergerak memulakan gotong royong ke seluruh kawasan sekitar hospital.

Hadir sama penyelaras Juara EKSA Peringkat HQE Puan Halina Thomas, ketuaketua jabatan, jururawat serta kakitangan pengurusan daripada setiap wad dan klinik.

DR. HERIC ketika melancarkan gimik perasmian gotong royong EKSA Peringkat HQE bertema ‘Bersama Kita Laksanakan 3R’.

SESI senamrobik warga hospital sebelum gotong royong perdana EKSA HQE dilaksanakan.

DR. HERIC ketika melawat pelaksanaan EKSA di Unit Makmal Pengesanan dan penyimpanan darah pesakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.