114 pelatih PDK diraikan majlis tiga dalam satu

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KENINGAU: Seramai 114 pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) telah diraikan dalam majlis 3 dalam 1 iaitu Hari Raya Aidiladha, Hari Keluarga PDK dan Sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di dewan masyarakat, di sini pada Rabu.

Majlis itu turut meraikan penghuni-penghuni pusat itu yang menyambut hari jadi sepanjang bulan September.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Liawan Sahanip Jamil yang mewakili Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan dan Adun Liawan Datuk Haji Sairin Karno.

Dalam ucapannya, beliau menyifatkan program itu dapat menjadi penghubung antara warga Orang Kelainan Upaya (OKU), petugas dan ibubapa berasaskan rasa tanggungjawab bersama, saling memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain, seperti tebing dengan aur.

“Aktiviti seperti ini amat dialu-alukan bagi memberi ruang dan peluang kepada semua warga PDK terutama pelatih OKU serta Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am dan orang awam untuk bersama-sama dalam majlis ini.

“Secara tidak langsung anak-anak istimewa ini berasa mereka tidak disisihkan dari keluarga dan masyarakat,” katanya.

Sahanip berharap aktiviti itu dapat membina keakraban yang lebih kukuh di kalangan lapisan masyarakat bagi mewujudkan masyarakat penyayang.

Beliau juga berharap sempena meraikan Hari Kebangsaan, anak-anak istimewa ini dapat dipupuk dengan semangat cintakan negara dan mendidik mereka memahami dan menghayati erti kemerdekaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengerusi PDK Keningau Hasnah Atu memberitahu bahawa pada program itu telah dihadiri oleh pelatih-pelatih PDK Tambunan, Nabawan, Tenom dan Merampong.

Katanya, antara lain tujuan majlis itu adalah untuk memupuk kesedaran di kalangan ibubapa pelatihpelatih PDK tentang pentingnya sambutan Hari Raya Aidiladha, hari keluarga dan Hari Kebangsaan.

“Saya berharap dengan adanya program ini, ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kita yang hadir dengan pelatih-pelatih PDK,” katanya.

Hasnah turut mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang di atas program itu termasuk para pemimpin Umno Keningau, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli-ahli perniagaan dan Bank Rakyat.

Beliau juga turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ahliahli jawatankuasanya dan para petugas pusat itu yang bekerja keras untuk kejayaan program itu.

Pada majlis itu, Pegawai Daerah Haji Yusop Haji Osman yang mewakili Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Keningau (KCCC) RaymondKohmenyampaikan sumbangan tiga kerusi roda sumbangan oleh KCCC.

Dua kerusi itu adalah untuk PDK Keningau sementera sebuah lagi untuk PDK Merampong.

Hadir sama pada majlis itu Penolong Pangarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am bahagian Keningau Bil Suhud Mohamad dan pegawai-pegawainya dari Tambunan, Tenom dan Nabawan, Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Yamin Karinong, Ketua Puteri Umno Keningau Hajah Salbiah Suhaideh, Kapitan Peter Ma,

HASNAH (kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada Sahanip.

mantan Timbalan Pengarah KAN Melitus Anastasius, Insan Haji Zulkifli Nasir, ketua-ketua dan wakil jabatan kerajaan negeri dan persekutuan dan pemimpin- pemimpinmasyarakat.

JOHAN AZIZ

-Oleh

SAHANIP (empat kanan) bergambar bersama-sama dengan pemenang dalam peragaan pakaian Jalur Gemilang. Turut kelihatan Bil Suhud (dua kanan), Hasnah (tiga kanan),Yamin (lima kiri), Zulkifli (dua kiri), Salbiah (kiri), Peter (tiga kiri) dan Melitus (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.