Wanita Umno Beaufort prihatin

Tingkatkan mutu pencapaian pendidikan daerah

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh ABD NADDIN HJ SAIDDIN

BEAUFORT: Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort sentiasa prihatin bagi membantu meningkatkan mutu pencapaian pendidikan di kalangan pelajar-pelajar sekolah di daerah itu.

Ketua Wanita Umno Beaufort Hajah Siti Aminah Aching berkata, bagi memastikan pelajar fokus dalam pelajaran mereka, pihaknya memberikan berupa peralatan alat tulis untuk keperluan pelajar menduduki peperiksaan di beberapa buah sekolah luar bandar di DUN Kuala Penyu dan DUN Klias yang terletak dalam Parlimen Beaufort.

“Selain nasihat dan katakata semangat, sumbangan itu bertujuan memberikan galakan kepada pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Beaufort.

“Selain nasihat dan kata-kata semangat, sumbangan itu bertujuan memberikan galakan kepada pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, ” HAJAH SITI AMINAH ACHING Ketua Wanita Umno Beaufort

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai beberapa program lawatan ke sekolah anjuran Pergerakan Wanita Umno Beaufort untuk memberikan katakata semangat dan galakan sewaktu menghadapi peperiksaan UPSR yang baru saja berlalu.

Antara sekolah yang dikunjungi dalam program itu ialah SK Tenambak, SK Berangkok, SK Melikai, SK Sengkabak, SK Mansud, di

kawasan DUN Kuala Penyu, SK Batu 60, SK Klias Kecil, SK Kukuro, SK Nukahan, SK

Kebulu dalam DUN Klias.

Semua sekolah itu terletak di kawasan luar bandar.

PELAJAR Tahun 6 yang menduduki UPSR di Beaufort.

HAJAH Siti Aminah menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang menduduki UPSR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.