Pelihara, kekalkan perpaduan

Galak anak bergaul dalam pelbagai kaum

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

SANDAKAN: Ibubapa digesa menggalakkan anak-anak bergaul dalam pelbagai kaum bagi mendidik mereka sentiasa mengekalkan perpaduan serta persefahaman sedia ada di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong, Datuk Samsuddin Yahya berkata, bagi mencapai tujuan itu, ibubapa perlu memupuk dan menerapkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan mereka.

Menurutnya, tugas dalam mengharungi cabaran bagi mengekalkan perpaduan di negara ini bukan sahaja hanya perlu dipikul oleh kerajaan tetapi peranan institusi keluarga itu penting demi memastikan perpaduan dapat dikekalkan sampai bila-bila.

Beliau berucap demikian merasmikan Program Semarak Merdeka Sempena Sambutan Hari Malaysia peringkat Rukun Tetangga Anjuran Jabatan Perpaduan Sandakan, di Kampung Gas Baru, Sandakan.

Hadir sama, Pengarah Perpaduan Negeri Delin Liet Anak Blaun.

Samsuddin berkata, walaupun kerajaan memainkan peranan utama ke arahmemupukintegrasikaum dan mencapai perpaduan, pembabitan ibu bapa adalah perlu untuk mendidik anak mereka mengenai perpaduan malah fikiran anak-anak tidak wajar dicemari dengan isu perkauman.

Katanya, perpaduan dan keharmonian mesti diterapkan dalam budaya hidup seharian dan memberi peluang kepada kanakkanak dan generasi muda daripada pelbagai kaum untuk berinteraksi dan menjalin persahabatan serta persefahaman demi masa depan negara.

Pada masa sama, ibubapa perlu mencari titik persamaan dan menolak perbezaan serta mengamalkan sikap toleransi dan persefahaman terutamanya membabitkan mereka yang mendiami kawasan perkampungan.

“Bagi mencapai tujuan itu, ibubapa perlu memupuk dan menerapkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan mereka. ” DATUK SAMSUDDIN YAHYA Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong

SAMSUDIN merasmikan Program Semarak Merdeka Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Rukun Tetangga anjuran Jabatan Perpaduan Sandakan, di Kg Gas Baru, Sandakan.

SAMSUDIN bersama kanak-kanak dan masyarakat Kg. Gas Sandakan ketika mendendangkan lagu-lagu berunsur patriotik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.