Permintaan aspek keselamatan perlu dipatuhi untuk buka pusat tahfiz:Mufti

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

SEREMBAN: Pusat madrasah tahfiz yang ingin beroperasi di negeri ini perlu mematuhi segala aspek termasuk keselamatan agar tidak berlaku insiden yang tidak diingini, kata Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Beliau berkata aspek keselamatan penting ditekankan memandangkan semakin banyak madrasah tahfiz yang dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

“Saya berpandangan, kepada semua madrasah tahfiz yang ingin beroperasi khususnya di negeri ini, supaya menepati piawaian yang ditetapkan sebelum beroperasi bagi tujuan keselamatan dan juga mestilah lengkap dengan kemudahan asas seperti air dan elektrik.

Saya dapati antara punca-punca pusat tahfiz ini menjadi tidak selamat dan tiada kemudahan asas adalah disebabkan kekurangan dana kerana kebanyakannya ditubuhkan dengan harta yang diinfak orang ramai,” katanya kepada media selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Tahfiz STIFIn Darul Ulum di sini, pada Sabtu.

Turut hadir Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammed Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Tahfizh Leadership Indonesia Jamil AzZaini.

Sementara itu, menceritakan pengalaman menguruskan pusat tahfiz di Indonesia, Jamil berkata setiap pelajar akan ditempatkan dalam satu bilik bersama tiga rakannya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.