Tengah Vietnam dibadai Doksuri

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

HA TINH: Penduduk yang terkejut di tengah Vietnam semalam membina semula rumah dan perniagaan mereka selepas taufan kuat membadai sebahagian besar kawasan pesisiran pantai dan menyebabkan sekurangkurangnya empat maut.

Taufan Doksuri membadai Vietnam sepanjang petang kelmarin, meranapkan struktur serta memutuskan bekalan elektrik dan telekomunikasi di beberapa wilayah, dalam salah satu ribut paling kuat membadai negara itu sejak beberapa tahun lalu.

Penduduk bangun tidur pagi semalam dan menyaksikan kemusnahan di sekitar komuniti pantai indah yang popular.

“Saya duduk di dalam rumah menutup telinga dan tidak berani keluar kerana terlalu takut,” kata Mai Thi Tinh, yang mana restoran miliknya di wilayah Ha Tinh musnah sepenuhnya.

Selain empat maut, lapan turut cedera, lapor Lembaga Pengurusan Bencana.

Kira-kira 123,000 rumah musnah manakala pokok dan tiang elektrik tumbang di lima wilayah paling teruk terjejas, menurut agensi.

“Angin begitu kuat jadi saya bersembunyi di bawah katil.

“Saya sudah tua tetapi saya juga takut mati,” kata pesara guru Tran Ngoc Khang, 70, yang ditemui di Ha Tinh.

Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc melawat wilayah yang teruk terjejas itu semalam untuk meninjau keadaan.

Hampir80,000dipindahkan ketika ribut membadai dan kerajaan mengerah suku juta anggota tentera serta segerombolan kenderaan dan kapal.

Pantai tengah Vietnam kerap dibadai ribut khususnya sepanjang musim ribut tropika antara Mei hingga Oktober.

Ribut kini membadai tengah dan utara Vietnam, mencetuskan risiko banjir dan tanah runtuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.