Gadis hilang ditemui maut

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KOTA MEXICO: Pihak berkuasa Mexico kelmarin menyatakan mereka telah menemui mayat seorang gadis yang dilaporkan hilang selepas menggunakan khidmat tumpangan kenderaan Cabify, dan telah menahan pemandu yang disyaki membunuhnya.

Pihak pendakwa raya negeri di wilayah tengah Puebla menyatakan mayat Mara Fernanda Castilla, 19, ditemui berhampiran sebuah motel di bandar utama negeri yang turut dikenali sebagai Puebla.

Pendakwa raya menyatakan mereka percaya pemandu terbabit yang hanya dikenali sebagai Ricardo N., telah membunuh mangsa di motel selepasmangsamenaikisebuah kereta melalui perkhidmatan tersebut seminggu lepas. Mereka akan mendakwa lelaki itu bagi pembunuhan Castilla ketika gabenor negeri Tony Gali menyatakan dalam Twitter bahawa suspek pembunuhan itu telah ditahan.

Jurucakap Cabify, sebuah syarikat yang berpusat di Madrid, Sepanyol yang bersaing dengan Uber bagi perniagaan tumpangan kereta, menolak untuk memberikan komen mengenai kes tersebut namun menyampaikan rasa simpati atas kematian Castilla.

Terdapat beberapa laporan lain mengenai jenayah kejam melibatkan khidmat tumpangan kereta di Mexico.

Tahun lepas seorang pemandu Uber ditahan kerana disyaki merogol seorang penumpang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.