Bekas polis Missouri bebas tuduhan bunuh

Kes 2011 menyaksikan Stockley tembak mati pemuda kulit hitam susulan transaksi dadah

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

MISSOURI: Ratusan penunjuk perasaan kelmarin membanjiri jalanan St. Louis dan bertempur dengan anggota polis, selepas hakim Missouri membebaskan seorang bekas anggota polis kulit putih daripada tuduhan pembunuhan dalam kejadian tembakan maut 2011 seorang lelaki kulit hitam yang disyaki mengedar dadah.

Lapan anggota polis cedera ditikam dengan bata dan batu, tatkala pihak berkuasa dilihat dalam rakaman video dan beberapa saksi menyembur sekurang-kurangnya lima orang dengan alat penyembur lada berhampiran pekarangan mahkamah.

Bantahan bingit berlarutan dengan kecederaan serius atau tindakan vandalisme yang dilaporkan lewat malam kelmarin, ketika pihak polis menyatakan dua anggotanya dikejarkan ke hospital selepas dibaling dengan bata.

“Keganasan ini tidak boleh diterima,” menurut Gabenor Missouri Eric Greitens dalam Twitter.

Pihak polis dilaporkan telah melakukan sekurangkurangnya 20 tangkapan.

Bantahanberpuncadaripada keputusan kelmarin, lima minggu selepas perbicaraan tanpa juri, yang mendapati bekas anggota polis bandar Jason Stockley, 36, tidak bersalah atas pembunuhan peringkat pertama dalam kejadian menembak mati Anthony Lamar Smith, 24.

Smith ditembak lima kali di dalam keretanya selepas cuba melepaskan diri daripada Stockley dan rakan sekerjanya pada 20 Disember, 2011, selepas satu urus niaga dadah, menurut pihak berkuasa.

Semasa mengejar, Stockley dapat didengar menyatakan dalam video kereta polis bahawa beliau akan membunuh Smith, menurut pendakwa raya.

Atas arahan Stockley, rakan setugasnya yang memandu, merempuh kereta peronda polis ke arah kenderaan Smith dan mereka telah berhenti, menurut dokumen mahkamah.

Stockley kemudian menghampiri kereta Smith dan melepaskan tembakan menggunakan senjatanya.

Bekas anggota polis itu percaya Smith bersenjata, menurut peguam belanya, dan selaras senjata api telah ditemui di dalam kereta suspek.

Namun pihak pendakwa raya mempertikaikan Stockley sendiri meletakkan senjata api itu yang hanya mempunyai DNA Stockley.

Peguam belanya Neil Bruntrager menyatakan anak guamnya berasa lega dengan keputusan tersebut.

“Satu perjalanan yang panjang baginya,” menurut Bruntrager.

Ayah Smith, Michael Brown Sr., menyuarakan rasa kecewanya selepas keputusan kelmarin.

Pihak pendakwa raya St. Louis Kimberly Gardner menyatakan beliau kecewa dan memohon kepada para penunjuk perasaan agar mengelakkan keganasan.

Stockley menolak haknya bagi perbicaraan juri, membenarkan hanya hakim untuk memutuskannya.

Dia meninggalkan Jabatan Polis Metropolitan St. Louis pada 2013 dan ditangkap tahun lepas.

Dalam keputusannya, Hakim Timothy Wilson menyatakan beliau mencurigai dakwaan pendakwaan bahawa senjata itu diletakkan oleh Stockley, menulis: “mahkamah mendapati, berdasarkan tempoh 30 tahun berkhidmat, adalah pelik jika seorang penjual heroin bandar tidak memiliki senjata api.”

Selepas keputusan itu, kirakira 600 penunjuk perasaan berarak di tengah St. Louis.

Lewat petang, ratusan penunjuk perasaan meninggalkan mahkamah ke kawasan restoran terkenal Central West End dan semakin ramai.

Sejak beberapa tahun ini, para juri agung menolak malah untuk mendakwa anggota polis yang terlibat dalam kejadian tembakan maut pada 2014 melibatkan Michael Brown, 18, yang menimbulkan gelombang bantahan ganas di Ferguson, serta dalam kematian Eric Garner, 43, yang mati akibat dicekik di New York.

Kedua-dua lelaki kulit hitam itu tidak bersenjata ketika kejadian.

Keluarga Smith menerima pampasan atas tuntutan saman terhadap pihak bandar sejumlah AS$900,000 pada 2013, menurut Al Watkins, peguam tunang Smith, Christina Wilson. — Reuters

“Smith ditembak lima kali di dalam keretanya selepas cuba melepaskan diri daripada Stockley dan rakan sekerjanya pada 20 Disember, 2011, selepas satu urus niaga dadah, menurut pihak berkuasa. Semasa mengejar, Stockley dapat didengar menyatakan dalam video kereta polis bahawa beliau akan membunuh Smith, raya.” menurut pendakwa

PENUNJUK perasaan disekat anggota polis ketika berarak di lebuh raya Interstate 64 di St. Louis, Missouri kelmarin bagi membantah pembebasan Stockley (gambar sisipan). — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.