Lelaki serang dua wanita dengan tukul di Perancis

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

DIJON: Seorang lelaki menyerang dua orang wanita dengan sebatang tukul di sebuah pekan di tengah Perancis kelmarin sambil melaungkan “Allahu Akbar” (Allah Maha Besar) sebelum melarikan diri dari tempat kejadian, menurut pendakwa raya tempatan.

Pendakwa raya antikeganasan mengikuti kes tersebut walaupun belum menerimanya secara rasmi, menurut pendakwa raya Chalon-sur-Saone, Damien Savarzeix.

Seorang sumber rapat dengan siasatan menyatakan sebelumitubahawapenyerang telah dikatakan mempunyai masalah psikologi.

Salah seorang wanita tersebut, dipukul di bahagian belakang kepala dan memerlukan empat jahitan, menurut pendakwa raya dan polis dalam satu kenyataan bersama.

Dua serangan berlaku dalam masa beberapa minit setiap satu, menurut kenyataan.

Helikopter polis turut menyertai kira-kira 50 anggota dalam pemburuan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.