Menteri luar Czech kemalangan

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

PRAGUE: Menteri Luar Czech Lubomir Zaoralek telah mengalami satu kecederaan kepala yang ringan ketika kereta yang dipandu oleh pemandunya telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, seorang jurucakap dari Kementerian Luar Negara menyatakan kelmarin.

Zaoralek, yang mengetuai Parti Demokratik Sosialnya untuk satu pilihan raya presiden dijangka pada bulan depan, telah menerima rawatan di sebuah hospital dan kemudian dibenarkan keluar bagi penjagaan di rumah, menurut beliau.

“Beliau mengalami satu kecederaan di bahagian kepalanya, namun keadaan beliau adalah baik,” Irena Valentova menyatakan di dalam satu kenyataan yang diemelkan.

Pihak Demokrat Sosial mengekori lawan utama dan rakan pakatan mereka sekarang, pergerakan ANO d bawah bekas Menteri Kewangan Andrej Babis, dengan margin dua kali ganda dalam pungutan suara,

Pilihan raya telah dijadualkan pada 20 hingga 21 Oktober depan, umum pihak berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.