Kerajaan pertimbang alternatif rawat bekalan air

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

SERIAN: Kementerian Utiliti mempertimbang secara serius penggunaan alternatif lebih selamat untuk gas klorin bagi pembasmian kuman air di semua loji rawatan air di seluruh negeri.

Menterinya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kementerian cuba menjauhi penggunaan gas klorin konvensional kerana ia menimbul bahaya kepada pengguna.

Katanya, mereka mendapati bahawa elektroklorida adalah alternatif lebih selamat bagi pembasmian kuman, bakteria, virus dan sebagainya dalam air.

“Pagi ini (Jumaat) kami menerima taklimat mengenai projek perintis untuk pembasmian kuman alternatif dengan elektroklorida.

“Saya berterima kasih kepada Lutz Jesco dari Jerman kerana memperkenalkan teknologi ini yang mana mudah dan cepat dipasang dalam tempoh beberapa hari sahaja,” katanya.

Jelasnya, kementerian berharap dapat mengguna teknologi bagi pembasmian kuman pada masa depan untuk kualiti air kerana kita perlu kualiti air sangat baik dalam had ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika lawatan rasmi ke Loji Rawatan Air Slabi di sini pada Jumaat.

Tambah Rundi, beliau melawat kilang di Jerman menggunakan beberapa jenis kapasiti unit.

Pada masa ini katanya, mereka melakukan percubaan bagi 10 juta liter sehari (MLD) di loji lama Slabi yang membekalkan air ke kawasan Simunjan.

“Setakatiniprojekperintisini sangat baik. Bahagian menarik ialah kami menyambungkan sistem dalam talian supaya boleh memantaunya dari ibu pejabat Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBLAB) bahkan melalui telefon bimbit.

“Ini akan membolehkan kita mengetahui tahap kimia dan sebagainya, sama ada berjalan dengan lancar atau tidak,” katanya.

Elektroklorida adalah proses hipoklorit dihasil daripada elektrolisis menggunakan larutan garam dan yang dipercayai lebih selamat kerana penggunaan bahan utama adalah garam dan diguna di Eropah serta Amerika malah kini diguna secara meluas di Mexico.

“Saya rasa kita bernasib baik sekurang-kurangnya mengetahui alternatif positif untuk diguna terutamanya aspek keselamatan.

“Kami melihat jangka panjang dan tidak perlu mengguna gas klorin kerana apa diperlu hanya garam lebih murah dengan jumlah garam diguna untuk logi 10 MLD di Slabi ialah 75 kilogram (kg) sehari,” katanya.

Rundi turut memberi jaminan bahawa garam tidak akan masuk ke dalam sistem badan kerana garam hanya digunakanuntukmenghasilkan hipoklorit.

Turut hadir pada lawatan itu semalam, Menteri Muda Bekalan Air, Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Dr Abdul Rahman Junaidi dan Ketua Pegawai Operasi Lutz Jesco, Robert Heuschneider.

ROBERT (dua kiri) memberi taklimat kepada Rundi (tiga kanan), Liwan (dua kanan) dan Dr Abdul Rahman mengenai teknologi elektroklorida.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.