Cubaan seludup 672 burung murai tumpas

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

SERIAN:Cubaanmenyeludup keluar 672 burung murai melalui jalan tikus berdekatan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu di sempadan Malaysia-Indonesia berjaya digagalkan oleh pihak Tentera Darat, pada Jumaat.

Menurut sumber, seramai empat lelaki pendatang asing tanpa izin (PTI) berusia 29 hingga 32 tahun ditahan untuk pemeriksaan sebelum anggota tentera yang bertugas menemui kesemua burung murai tersebut di dalam 56 bakul sekitar jam 4.40 pagi.

“Suspek dipercayai menggunakan laluan tikus tersebut pada waktu pagi bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, cubaan mereka gagal apabila berjaya dihidu oleh pihak tentera yang kemudian mendapati mereka cuba menyeludup 672 burung murai yang disembunyikan di dalam 56 bakul,” kata sumber.

Difahamkan, kesemua PATI terbabit dibayar RM50 seorang untuk menyeludup keluar burung tersebut ke nagara jiran.

“Hasil maklumat awal mendapati PATI tersebut dibayar RM50 seorang untuk membawa burung tersebut keluar dari sempadan Malaysia,” katanya.

Selain itu, pada hari yang sama, pihak tentera turut menahan dua lelaki warga Indonesia yang cuba memasuki sempadan negara dalam cubaan menyeludup racun.

“Pihak tentera membuat laporan di Balai Polis Tebedu dan seterusnya menyerahkan kesemua PTI itudi Depot Tahanan Sementara Imigresen,” katanya.

PTI ditahan untuk siasatan lanjut bersama burung murai yang cuba diseludup keluar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.