Guna NBOS tangani gejala sosial pelajar

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

LIMBANG: Pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) perlu diguna melalui penglibatan semua pihak dalam usaha menangani peningkatan gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah.

Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat berkata, semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa, masyarakat, agensi kerajaan, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)perlumemainperanan menangani cabaran yang boleh mencetus peningkatan gejala sosial.

Katanya, mereka tidak hanya menjadi pemerhati sebaliknya bersama-sama sekolah menangani masalah sosial daripada terus berleluasa.

“Kerjasama semua pihak melalui NBOS perlu untuk menangani masalah sosial dalam kalangan pelajar daripada terus berleluasa.

“Program berkonsep komuniti perlu dilaksana dengan penglibatan semua bagi menangani masalah semakin membimbangkan seperti yang kita lihat di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Sehati Sejiwa di Dataran Perhimpunan SMK Seri Patiambun di sini pada Jumaat.

Turut sama ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah SurayaHasbibollah,Pengetua SMK Seri Patiambun Ahmad Melan, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Patiambun Imban Geruna dan guruguru sekolah itu.

Sufian berkata lagi kebanyakan kes dan masalah sosial dalam kalangan pelajar tidak diketahui ibu bapa mereka.

“Sudah tiba masa ibu bapa memain peranan lebih proaktif mendidik anak dan menjadi role model tanpa bergantung kepada sekolah,”katanya lagi.

Jelasnya, sikap menuding jari dan mencari kesalahan kepada pihak sekolah juga perlu dikikis.

Selain itu katanya anak muda perlu mengambil peluang dengan perlaksanaan Koridor Tenaga Mudah Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang menawarkan 1.5 juta peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

Anak-anak tempatan katanya perlu meningkatkan kemahiran seperti yang dikehendaki SCORE.

“Amat rugi sekiranya anak tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi mendapatkan pekerjaan.

“Lebih baik kita hantar anak ke pusat latihan dalam meningkatkan kemahiran mengisi kekosongan ditawar dalam sektor SCORE,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.