Dewan Perniagaan Cina Klang mahu infrastruktur Internet ditingkat

Utusan Borneo (Sabah) - - Bisnes -

SHAH ALAM: Kerajaan diminta agar mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan infrastruktur Internet asas memandangkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memilih untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dalam talian.

Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Klang Datuk Lim Kuang Sia berkata, dengan peningkatan PKS di seluruh Malaysia yang terlibat secara aktif dalam ekonomi digital, adalah penting bagi infrastruktur Internet dipertingkatkan.

“Kerajaan perlu mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi PKS. Bagi memajukan lagi, PKS mesti mengubah model perniagaan dan perkilangan mereka serta tidak lagi bergantung kepada terlalu ramai pekerja asing,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam gala dan Anugerah Perniagaan Selangor-Asean 2017 di sini. Lim, yang juga Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kossan Rubber Industries Bhd, menerima anugerah ‘CEO Terbaik’ daripada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selangor kini menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2017 yang berlangsung selama 10 hari mulai 7 Sept di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.