Asyraaf pikul tugas jurulatih pasukan Universiti Malaysia

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan - Oleh VITALIS G. BINGKASAN pemain Universiti Malaysia semasa sesi awal latihan bersama Asyraaf (kiri).

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih bola sepak wanita negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Mohd Asyraaf Fong dipikulkan tugas selaku ketua jurulatih skuad bola sepak lelaki Universiti Malaysia ke Sukan Universiti Asia di Taebek, Korea.

Anak jati Sabah dari Tawau itu dibantu bekas pemain Kelantan, Yazli Mohd dan bekas penjaga gol kebangsaan, Rashid Hassan selaku jurulatih penjaga gol.

Asyraaf berkata, pasukan telah mula menjalani latihan pada 9 September di Kompleks Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Selangor sebagai persiapan menghadapi Sukan Universiti Asia pada 20-28 September.

“Ia tugas yang agak berat kerana tempoh latihan singkat. Kami juga akan bermain dalam suasana yang berbeza di mana venuenya adalah di kawasan tanah tinggi dan sejuk.

“Setakat ini, kualiti dan kecergasan pemain juga belum ditaghap terbaik tetapi kami akan berusaha buat yang terbaik walaupun ia adalah satu lagi tugas berat terutama Malaysia diundi dalam Kumpulan A yang dianggap kumpulan maut,” kata Asyraaf ketika dihubungi pada Sabtu.

Katanya, Malaysia diundi sekumpulan dengan juara bertahan, Jepun A, Korea B, Iran A dan Thailand.

Menurutnya, Malaysia juga dibarisi sepenuhnya pemain yang hanya bermain di Liga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selepas beliau gagal mendapat pelepasan kelab dan pasukan negeri pemain IPT yang beraksi di Liga Malaysia.

Asyraaf berkata, 20 pemain telah disenarai akhir dari 27 pemain yang menjalani latihan.

Mereka telah mengadakan dua perlawanan persahabatan dan menang kedua-duanya. Menang 2-1 ke atas pasukan Piala Belia (bawah 19 tahun) Selangor dan menang 3-1 ke atas pasukan Piala Belia Felda.

Senarai pemain: Che Ammar Khamis (UiTM Perlis), Muhammad Asymawi Ramli (UiTM Jengka), Yoganathan Munusamy ( City University College), Shahrizam Sahar (Universiti Malaysia Sabah), Rijal Fikry Yusoff Muhammad (UKM), Muhammad Raihan Huzaizi (Politeknik Kota Bahru Kelantan), Mohamad Hazwan Nizam (UiTM), Muhammad JadidIlias(UPSI),Muhammad Nuriqmal Tumin (UPSI), Gan Jay Han (Nothern Arizona University), Muhamad Fikri Mohammad Yusof (UiTM), Noor Ikqmal Rieezal Zanil (UKM), Carlos Benjamin Goonting (Sunway University), Luveen Visnu

ANTARA

Sunway University, Mohd Hamirul Hakimi Mohd Akher (UiTM Melaka), Aiman Amran (Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu), Syafie Abd Rahman (UNiSZA), Adam Othman Mohd Arfah (Universiti Malaysia Terengganu), Badrul Hafiz Mohd Isa (UPSI) dan Mohd Hazwan Nizam Fazil (UPSI).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.