SPM tiket masuk IPT

Untuk menuntut ilmu di peringkat lebih tinggi

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sangat penting bagi meneruskan cita-cita untuk menuntut ilmu di peringkat lebih tinggi, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Datin Maizatul Akmam Datuk Haji Alawi.

Katanya, keputusan SPM yang diperoleh adalah tiket yang akan melayakkan seseorang pelajar untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“IPT adalah sebuah tempat yang menjadi idaman semua pelajar untuk menjejakinya sejak mula-mula melangkah ke alam persekolahan suatu masa dahulu.

“Hanya pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang sahaja akan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke universiti daripada ribuan yang memohon.

“Jelas di sini bahawa keputusan SPM sangat penting untuk menyambung pelajaran kelak,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Graduasi Maktab Sabah Sesi 2017 di Dewan Perdana maktab itu, pada Jumaat.

Turut hadir ialah Pengetua Cemerlang Maktab Sabah Datin Hajah Nuida Haji Alias dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Datuk Fatimah Sharah Ahmad Noor.

Seramai 221 orang pelajar tingkatan lima menerima sijil graduasi mereka di majlis itu. Maizatul berkata, bagi pelajar yang masih menuntut, perjalanan bagi mencapai kegemilangan akademik masih jauh dan terbentang luas.

“Berbekalkan sijil graduasi yang diterima serta diiringi dengan doa dan harapan daripada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan, saya yakin InsyaAllah para graduan bakal menjadi insan yang cemerlang,” tambahnya.

Beliau berharap menerusi majlis graduasi itu, para pelajar akan menerima lonjakan semangat untuk menjadi insan yang lebih bersedia dari aspek psikologi dandenganilmupengetahuan yang ada untuk menduduki peperiksaan SPM 2017 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Dengan masa yang masih berbakiini,sayaberharapagar pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dapat memanfaatkannya untuk mengulang kaji pelajaran dengan sepenuh hati.

“Sebaliknya mereka perlu meninggalkan seketika dunia media social seperti Facebook, Twitter, Instagram dan gajetgajet lain. Berilah tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran dan dekatkan diri kepada Tuhan.

“Untuk mencapai keputusan yang cemerlang, usaha secara holistik perlu dilakukan,” tambahnya.

Sementara itu, Nuinda berkata peperiksaan SPM yang akan ditempuhi pelajar hanya titik permulaan jalan kehidupan yang akan diterokai kerana dihadapan terbentang pelbagai cabaran kea rah pencapaian sebenar dalam kehidupan.

“Semangat perjuangan yang utuh dan kekuatan iman perlu diperkukuhkan bagi membolehkan para graduan meneruskan perjalanan dengan penuh yakin dan tabah,” tegasnya.

“Keputusan SPM yang diperoleh adalah tiket yang akan melayakkan seseorang pelajar untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT). ” DATIN MAIZATUL AKMAM DATUK HAJI ALAWI Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan

(Gambar atas) MAIZATUL menyampaikan sijil graduasi kepada Hafizatul Khairiah Mohd. Aris.

MAIZATUL menerima cenderamata daripada Nuinda selepas merasmikan Majlis Graduasi Tingkatan 5 Maktab Sabah 2017.

(Gambar kiri)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.