30 guru jayakan Bengkel Penulisan Berita Asas

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

LABUAN: Seramai 30 peserta telah menjayakan Majlis Perkongsian Ilmu - Bengkel Penulisan Berita Asas yang diadakan di Bilik Mesyuarat Botanikal, Jabatan Pendidikan Labuan, di Aras 10, Kompleks Ujana Kewangan Labuan, pada Jumaat.

Mereka terdiri daripada Ketua Unit dan kakitangan Jabatan Pendidikan Labuan serta guru sekolah dan menengah di pulau bebas cukai ini.

Bengkel selama tiga jam yang bermula pukul 8.30 pagi itu dikendalikan oleh Ahli Fotografi Kanan UMSKAL, Azri Onn Othman yang juga Editor Laman Web UMS Labuan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin berkata, bengkel anjuran Sektor Pengurusan Maklumat, Jabatan Pendidikan Labuan itu bertujuan untuk mendedahkan kakitangan mengenai kaedah penulisan berita untuk dimasukkan ke laman web jabatan dan media cetak dan elektronik.

Raisin berharap menerusi bengkel berkenaan, kakitangan dan wakil sekolah akan memahami lebih jelas kaedah penulisan berita yang sebenar.

“Kami berharap peserta akan menggunakan ruang dan peluang menyertai bengkel tersebut untuk memperolehi ilmu menulis berita,”katanya.

Turut menyertai bengkel tersebut ialah Penyelaras Program, Samsudin Yalla yang juga Ketua Sektor - Pegawai Teknologi Maklumat.

RAISIN (duduk lima dari kanan) dan Samsudin (empat kanan) bersama peserta Bengkel Penulisan Berita Asas di Jabatan Pendidikan Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.