Kesedaran terhadap aktiviti ko kurikulum

88 pelajar sertai Kursus Kenaikan Pangkat KRS dan TKRS

Utusan Borneo (Sabah) - - Iklaneka - Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA MARUDU: Seramai 88 pelajar sekolah rendah dan menengah menyertai Kursus Kenaikan Pangkat KadetRemajaSekolah(KRS) dan Tunas KRS (TKRS) yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu awal bulan ini.

Pengarah Projek Kursus Mejar (KRS) Yazid Mahadi berkata, matlamat utama kursus diadakan bagi memberi pentauliahan pangkat Sarjan, Koperal dan Lans Koperal kepada ahli KRS dan TKRS di daerah berkenaan.

“Program ini diadakan khas bagi mewujudkan kesedaran pelajar sekolah rendah dan menengah terhadap aktiviti ko kurikulum khasnya unit beruniform KRS dan TKRS agar bersesuaian dengan moto dan cogan kata unit beruniform ini iaitu Ilmu, Iman dan Amal.

“Peserta juga turut didedahkan dengan aspek ujian dan penilaian yang merangkumi pengucapan awam, agama, moral, ikhtiar hidup, bantu mula asas, ikatan, penceritaan tokoh negara, pandu arah, kebudayaan, arahan kawad dan pergerakan kawad,” katanya.

Peserta terbaik kursus, Kadet Mohammad Ghazali Maidin berbangga dan bersyukur diberikan peluang menyertai kursus ini oleh guru penasihatnya. Dia berharap ilmu yang dipelajari sepanjang kursus dapat membantunya lebih berdisplin dan mempunyai keyakinan diri sebagai ahli KRS di sekolah.

Bagi peserta terbaik Kursus TKRS Puteri Tahun empat Kadet

Anisah Jasprian juga berharap penglibatannya dalam unit uniform TKRS di sekolah akan membentuk jati dirinya sebagai pelajar yang cemerlang seterusnyamenjadipendorong kepada rakan-rakanya yang lain untuk aktif di dalam aktiviti unit beruniform seumpamanya.

Peserta Terbaik Kategori TKRS Tahun empat dianugerahkan kepada Kadet Erfan Ilyasa Kamarulnizam (Putera) dan Anisah Jasprian (Puteri), TKRS Tahun Lima terbaikialahKadetRokePaery (Putera) dan Spresyenieela Sutiling (Puteri ).

Kategori sekolah menengah KRS Tingkatan Satu diberikan kepada Rickleyalexsius Juaning (Putera) dan Ezra Sharlyana Lasius (Puteri) manakala Tingkatan Dua pula ialah Donevon George (Putera) dan Ranisa Mojungkin (Puteri).

Tingkatan Empat masingmasing kepada Kadet Mohammad Ghazali Maidin (Putera) dan Doris Linggasu (Puteri).

Kursus selama tiga hari disertai empat buah sekolah termasuk SMK Kota Marudu, SMK Bengkongan, SMK Bandau, SMK Langkon dan tujuh Sekolah Kebangsaan (SK) termasuk Lampada, Bintasan, Tanjung Batu, Pekan Kota Marudu, Marak Parak, Panaitan dan Tagaroh.

“Program ini diadakan khas bagi mewujudkan kesedaran pelajar sekolah rendah dan menengah terhadap aktiviti ko kurikulum khasnya unit beruniform KRS dan TKRS agar bersesuaian dengan moto dan cogan kata unit beruniform ini iaitu Ilmu, Iman dan Amal.” YAZID MAHADI , Pengarah Projek Kursus Mejar (KRS)

WAJAH ceria pelajar selepas menamatkan kursus.

PEMAKAIAN pangkat kepada peserta KRS oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Akdan Datu Basren.

PEMBENTANGAN hasil masakan ala rimba dan ikhtiar hidup.

PELAJAR merakamkan gambar kenangan selepas kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.