Wad Kanak-Kanak HDOK Sandakan terima lawatan

Utusan Borneo (Sabah) - - Rencana - Oleh NOORASVILLA MUHAMMA

SANDAKAN: Sawit Kinabalu bersama Pertubuhan Amal 1Malaysia (GIVE) dan Hotel Four Points oleh Sheraton Sandakan membawa keceriaan kepada pesakit di Wad Kanak-Kanak, Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.

Rombongan itu mengadakan lawatan ke wad berkenaan pada Jumaat sempena Makan Malam Amal (Charity Gala Dinner - Fashion with Passion) pada 16 September.

Lawatan itu diketuai oleh Pengarah Urusan Sawit Kinabalu, Datuk Othman Walat bersama Presiden GIVE, Betty Anne Brohier serta Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Four Points oleh Sheraton Sandakan, Daniyal Ng.

Turut menyertai lawatan itu ialah seramai 40 orang termasuk selebriti, pereka fesyen terkemuka Malaysia iaitu Bill Keith, Bon Zainal, Calvin Thoo, Melinda Looi, Suhara Umar dan Leslie Variyan.

Selain meluangkan masa bersama 100 kanak-kanak di wad berkenaan, rombongan turut menyampaikan beg cenderahati sumbangan daripada GIVE dan Hotel Four Points oleh Sheraton Sandakan kepada mereka.

BETTY ketika melawat dan menyampaikan cenderahati kepada pesakit kanak-kanak di HDOK Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.