Seorang anggota bomba cedera terkena renjatan elektrik

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

TAWAU: Seorang anggota bomba cedera ringan akibat terkena renjatan elektrik ketika memadam kebakaran di Jalan Utara Baru di sini, petang Sabtu.

Penolong Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Roslie Suyun berkata anggotanya itu dipercayai terpijak kabel yang bekalan elektrik masih mengalir ketika kejadian.

“Anggota ini cedera ringan dan stabil,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kebakaran di sini, Sabtu.

Beliau yang juga mengetuai operasi tersebut berkata dalam kebakaran itu bengkel kayu dua tingkat serta lori satu tan milik sebuah syarikat kontraktor musnah dijilat api.

Roslie berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.21 petang dan tiba di lokasi 10 minit kemudian dengan tiga jentera serta 16 anggota.

“Sebaik tiba di lokasi bengkel dan lori itu musnah 100 peratus dan api dapat di kawal pada 4.46 (petang),” katanya lagi.

Menurut, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan membabitkan mangsa kebakaran setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.