Life Water Industries Sdn Bhd salur tajaan kepada malim dan porter Gunung Kinabalu

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh NOORASVILLA MUHAMMA

SANDAKAN: Life Water Industries Sdn Bhd telah menyalurkan tajaan sebanyak RM40,000 kepada Persatuan Malim dan Persatuan Porter Gunung Kinabalu dalam satu majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Rafflesia, Taman Kinabalu baru-baru ini.

Menerusi tajaan itu, syarikat pengeluar air minuman yang terbesar di Sabah itu akan membekalkan 32,000 botol air minuman K2 dan Tritonic secara percuma, sebagai tanda sokongan kepada para malim dan porter gunung agar mereka lebih bertenaga dalam menjalankan tugasan harian.

Majlis penyerahan tajaan diantara wakil Life Water Industries kepada persatuan telah disaksikan oleh Pembantu Kanan Taman Kinabalu, Martin Moguring.

Tajaan itu adalah sebagai satu penghormatan kepada malim dan porter gunung yang telah memberikan perkhidmatan dalam menjaga dan melindungi alam sekitar Gunung Kinabalu agar tidak diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Selain itu, tajaan juga membolehkan malim dan porter gunung dapat memainkan peranan untuk memastikan keselamatan para pendaki semasa mendaki Gunung Kinabalu. Pembangunan pelancongan juga semakin baik dan meningkat kerana secara tidak langsung malim dan porter gunung telah memberikan perkhidmatan profesional kepada para pelancong terutama selepas peristiwa gempa bumi pada 2015.

Dalam pada itu, Life Water Industries Sdn Bhd juga berbangga apabila produk minuman tempatan iaitu air minuman K2 dan minuman bertenaga Tritonic telah menjadi minuman rasmi bagi International Climbathon yang akan berlangsung pada 15 Oktober depan.

Life Water telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Sabah serta malim dan porter bagi menjayakan acara bertaraf antarabangsa itu.

MALIM gunung ketika menerima tajaan air minuman dari Life Water Industries Sdn Bhd.

WAKIL Life Water Industries Sdn Bhd menyampaikan tajaan kepada Persatuan Malim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.