1,200 belajar di Politeknik Besut mulai 2020: Idris Jusoh

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

BESUT: Seramai 1,200 pelajarlepasanSijilPelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) berpeluang mengikuti pelajaran dalam bidang teknikal apabila Politeknik Besut beroperasi pada 2020.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata Politeknik Besut bernilai RM180 juta itu bakal dibina bersebelahan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dan pusatpusat pendidikan lain dalam kawasan Dewan Undagan Negeri (DUN) Kota Putera.

Majlis pecah tanah politeknik itu dijadual dilakukan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 6 Okt ini dengan dihadiri 30,000 penduduk daerah Besut.

“Politeknik merupakan yang ketiga selepas Dungun dan Kuala Terengganu yang mempunyai kemampuan pengambilan pelajar sehingga 2,500 orang,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Rumah Komuniti yang ke146 di Kampung Mak Sara di sini pada Sabtu.

Menurutnya beberapa pelajar mula diambil sejak tahun lepas tetapi ditempatkan di kampus sementara di Pengkalan Nyireh.

Dalam perkembangan lain, Idris yang juga Ahli Parlimen Besut berkata pembinaan Rumah Komuniti di daerah itu bukan sekadar ‘janji manifesto pilihan raya’ sebaliknya langkah dan sumbangan ikhlas kerajaan untuk membantu golongan miskin.

Setakat ini, sebanyak 147 Rumah Komuniti berharga RM20,000 sebuah telah dibina dan diberi secara percuma kepada golongan miksin yang tidak mempunyai tempat kediaman sejak awal tahun lalu di daerah Besut.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan kunci Rumah Komuniti yang ke-146 kepada Noraini Mohamad, 65, dari Kampung Mak Sara yang terpaksa menumpang di rumah keluarganya sebelum ini.

Idris memberitahu sebanyak 53 rumah lagi dalam proses pemilihan bagi melengkapkan 200 rumah melalui peruntukan Parlimen menjelang akhir tahun ini.

Pada Sabtu, sebanyak lima Rumah Komuniti telah diserah kepada pemiliknya membabitkan dua rumah di DUN Kuala Besut , dua rumah di DUN Jertih dan sebuah di DUN Kota Putera.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.